Thursday, October 27, 2011

Sinar Harian - Gosip Rumah Tangga

Assalamualaikum semua! Ok, hari ni Nana nak kongsi artikel pasal Nana yang keluar kat Sinar Harian. Kan Nana ade update hari tu yang photoshoot 3 Generasi tu kan? Haa.. Kuar hari ni.. Jom lah baca.. Yang nak tengok gambar kenalah beli Sinar Harian ek sbb kat website tak de gambar tu.. Huhuhu..




Gosip rumah tangga

Tidak sukar mengatur temu janji bersama selebriti ini. Biarpun tumpuannya kini lebih kepada alam rumah tangga, namun Nurul Hana Mahazan,28 atau lebih dikenali sebagai Nana Hot FM ini masih mempunyai kelapangan untuk hadir di sesi fotografi bersama ZASS.

Ketika itu, jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya. Sekali gus menunjukkan Nana sememangnya sedang bahagia menikmati perkahwinan bersama suami tercinta, Muhammad Raqeem Brian,37.

Bagaimanapun, setelah seminggu sesi fotografi itu, timbul khabar angin yang mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak. Bagi mendapat kepastian, ZASS, menghubungi Nana untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Nana, yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertama kelahiran anaknya, Althea, nyata terkejut mendengar mengenai perkara itu.

“Saya ada dengar isu ni. Pada saya ia agak melampau. Demi Allah cerita itu fitnah semata-mata. Tidak pernah terdetik sekalipun di hati kami hendak bercerai. Lagipun macam mana nak bercerai, kami ni bergaduh pun susah.

"Apa yang saya tahu, kononnya ada seorang kaunselor mengaku ada mempunyai senarai artis bercerai dan saya salah seorang dalam senarai itu. Saya tak faham, apa tujuannya buat macam tu. Namun yang pasti berita itu membuatkan keluarga saya benar-benar terkejut, sebab kami memang tak ada masalah," katanya yang mengakui bahagia bersama suaminya sehingga ke hari ini.

Nana berkata, dia bersyukur kerana memiliki suami sangat memahami seperti Brian. Walaupun usia perkenalan mereka tidak mengambil masa lama, namun keikhlasan Brian membuka hatinya untuk menerima jejaka itu sebagai suaminya.

“Alhamdulillah, hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Kami sebenarnya pasangan yang sempoi dan gila-gila. Jadi, bila dia kata nak kahwin, saya pun tanya serius ke? Kemudian saya fikir masa tu sudah sampai masa dia mendirikan rumah tangga memandangkan usianya jauh lebih tua daripada saya.

“Setelah berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Brian dan keputusan saya memang tidak silap kerana saya bertuah mempunyai suami yang baik sepertinya. Dia juga seorang penyayang dan selalu memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga terutamanya anak kam,” katanya sambil tersenyum.

Tidak suka bergaduh


Peribahasa, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri', mungkin tidak sesuai ditujukan buat bekas penyampai Era Fm ini. Menurut Nana, dia dan suaminya bukanlah pasangan yang mudah bergaduh. Bahkan untuk bertikam lidah sekali pun.

Jelas Nana, mereka saling menjaga hati dan sering berkomunikasi. “Kami memang tak pernah bergaduh. Kalau ada apa-apa yang tak kena kami akan berbincang. Biasanya, dia terima apa yang saya katakan dan saya juga begitu.

"Memang senang bersama Brian dan saya juga tidak mahu menyakitinya,” katanya.

Menurut Nana, Brian juga bukanlah suami yang cerewet dan senang mengurusnya.

"Kalau bab makan, memang senang. Sebab dia tak makan nasi macam kita. Dia banyak makan sayur dan buah. Kalau nak masak pun, saya hanya sediakan makanan ala barat seperti spageti dan roti sandwic.

“Secara tak langsung, saya pun ikut cara dia, ”katanya yang masih kekal menawan.

Berkorban demi anak

Dikurniakan anak pertama, Althea, yang kini berusia setahun, Nana akui kehadiran Althea melengkapkan perkahwinan yang dibina.

Berkongsi pengalaman bergelar ibu, Nana berkata, melihat puterinya membesar adalah momen indah buatnya. Malah demi puteri tercinta itu juga, Nana, sanggup membatasi karier seninya.

“Sebelum ini saya bekerja sepenuh masa di Hot FM, tetapi sekarang saya hanya buat kerja separuh masa. Itu pun sekadar mengisi masa di hujung minggu selagi pihak Hot FM memerlukan perkhidmatan saya.

“Keputusan itu tidak pernah di bantah Brian, malah dia sering �menyokong apa saja keputusan saya," katanya,

Jelas Nana, bukannya dia sudah hilang minat terhadap dunia seni, tetapi itulah pengorbanannya untuk anak dan rumah tangganya.

"Saya buat semua ni kerana Althea. Dia masih kecil dan perlukan perhatian. Biarlah dia besar dulu, barulah saya kembali aktif.

"Tapi buat masa ni, saya masih menerima tawaran mengacara," katanya.

Ditemani ibunya, Rosnah Harun,50, ketika sesi fotografi ini berlangsung, menjadi kesempatan untuk ZASS mengenali keperibadian Nana daripada keluarganya sendiri. Menurut ibunya, Nana merupakan anak yang sangat baik.

“Walaupun ada kalanya dia agak keras kepala, tetapi dia sangat baik. Saya bersyukur kerana dia tidak pernah memberikan masalah kepada keluarga. Bahkan sepanjang bergelar selebriti.

“Pada mulanya kami bimbang dia masuk ke bidang ini, tetapi selagi tidak menjejaskan maruah keluarga, kami akan menerimanya,” katanya yang turut gembira dengan kebahagiaan Nana sekarang.







p/s : #contestblogNana kali ni ade hadiah best!!! Eeee.. Tak sabar rasanya.. Tunggu k.. Nana akan bagitahu bila Nana akan buat contest ni.. In the mean time, selalu selalu la baca blog Nana.. Muuaahh!

16 comments:

  1. nana, mesti byk artikel yg berkaitan dgn nana, nana ade simpan kan? share lah kat ktorang. nak tgk jugak mcmana nana simpan. letak dlm frame ke? jdkan buku ke? hehe

    anyway, suka tgk nana and mrb. semoga kekal ke akhir hayat. u both looks loving :)

    ReplyDelete
  2. Sabar je lh nana..mmg asam garm khdupan pn but I'm really glad to hear it directly from you...mulut orng mmg sush nak tutup..yg pnting rumah tngga nana mmg bahagia :)

    ReplyDelete
  3. NANA hari tu cakap nak pergi open house masa deepavali tu..share lah picture dgn kitaorg semua..kitaorg ni semua lbh suka tgk picture yr family..Happy jer..biarlah ada yang cakap blog u dah mcm blog baby...tp mmg pun kitaorg semua suka NANA bercerita tentang yr life..ALTHEA n MRB....

    ReplyDelete
  4. sape yg ckp blog nana mcm blog baby?

    ReplyDelete
  5. nana.ada komen dalam blog ohbulan psl cerita nana cerai tu.someone ni komen bosan bc blog nana asyik2 cite psl anak.then saya komen balik, nama pun its all about nana.MRB and lil Althea.so itu hak nana nak tulis psl anak nana.tak suka jgn baca dan kutuk.lbh baik nana jgn baca.nanti nana terguris pulak.biasalah komen2 negatif ni.

    ReplyDelete
  6. betul tu Nur Raihana Abd Rahim.Semalam i tengok2 picture althea kt google images..So dlm byk2 tu adalah i ternampak diorg komen2 yg bolh tahan menyakitkan hati jugak..so u just ignore...diorg ni jenis bercakap mcm BODOH TULI...bercakap ikut suka hati...i rasa yg komen tu jenis2 bdk2 gedik ataupun bdk2 br lepas sek..sebab tak matang...so senang u just ignore n terus kan hidup mcm biasa..selagi MRB dan family ada dan sayangkan u..tak payah fikir org lain..peminat semua dah ada akal dan fikiran..masing2 blh fikir yg mana baik dan buruk.....so have a nice day.....jgn lupa upate byk2 sikit picture ALTHEA...kitaorg sukerrrr....hehehehehe

    ReplyDelete
  7. nana, sabar la.. dugaan nama nya..

    wish u n ur family happy always okay.. :)

    yeahh.. x sabar nk tggu contest nana.. :)

    ReplyDelete
  8. nana nak buat contest mari kita sama tunggu..

    nana..
    hanya nana sendiri yang tahu kehidupan nana berkeluarga bagaimana...u said u're happy then definitely u are..

    ReplyDelete
  9. sabar je lah nana. Mesti derang tak suke kebahagiaan nana skrg ni. Insyallah, didoakan semoga nana & mrb forever love!!!. saman je yg pandai2 buat cite yg bukan2 tu.

    ReplyDelete
  10. sis nana!! saya memang adore kak nana :)
    be strong ye.. suke bce blog nana. althea comel :D
    xsabar nk join contest :))

    ReplyDelete
  11. nana.. i'm ur silent reader je slama ni..i already finish reading ur blog! :) suka baca blog nana,menarik sgt kisah kehdpan nana and ur family.. mmg x sabar nak join contest..hehe :)

    ReplyDelete
  12. kak nana,sabar yerr.watever it is..ske tgk kak nana n family..sweet n sempoi je,xde nk tunjuk2 loving ssgt.keep it dat way k..ooo yer,nk mintak sgt kak nana upload video yg time AF1 dlu,diari kalo blei nk jgk..ske tgk kak nana lam klas tarian n keletah kak nana..cute n mnje gitu.k..plsssssssssssss

    ReplyDelete
  13. Hi Nana, juz ignore apa yg org tulis pasal nana as long as u and your family tau d real situation. We all yg setia reading your blog will know the truth, you hv a happy family. Unless klu dah melampau, then i think u should consider to take a drastic action la kut...
    Dont jeorpardize your happy marriage with this nonsence..Juz be yourself, K?

    ReplyDelete
  14. sabar...ada je org tak senang bila tgk kite senang.

    ReplyDelete
  15. Kak, nk upload xbuku yg adik buat tuk akak dlu?! weeeee.... :)

    ReplyDelete
  16. harap nana banyak bersabar dengan gosip2 yang tak sihat ni..

    ReplyDelete