Tuesday, June 21, 2011

Hello!!! Althea dah 8 bulan hari ni!

Assalamualaikum semua!

Yesss! Ade pun masa nak update blog.. :) Last week super bz.. Alhamdulillah.. Tak komplen pun.. Dalam seminggu kalau bz 1-2 hari ok la kan.. Hari lain boleh jaga Althea, dan cari duit jugak.. Gituuu..

Hari ni 21hb Jun genap Althea 8 bulan.. Alhamdulillah, Althea sihat.. Dan bebaru ni dalam seminggu lepas Althea pertama kalinya sakit.. Dia kena selsema.. Aduhh.. Kesian tengok dia.. Tak reti nak hembus atau sedut sendiri kan? Kita la yang kena buat.. Alhamdulillah sekarang dia dah ok.. :)

Ade yang ramai tanya Nana pasal Nana join Hotfm.. Memang betul pun Nana dapat offer lepas sebulan  Nana berhenti kerja.. Alhamdulillah ade offer.. Dapat Nana keudara lagi walaupun sebelah hujung minggu sahaja.. Jadi dapatlah Nana jaga Althea dan hujung minggu masih buat benda yang Nana suka, bercakap.. Terima kasih atas tawaran tu Hotfm! Bila Nana keudara? Insyaallah 26hb Jun ni, hari Ahad kul 3 petang sampai kul 7.. Dengar tau nanti! Mekasih in advance untuk korang...

Selain dari Nana akan on air kat Hotfm, Nana juga tgh sibuk sibuk tolong bestfriend Nana, Fafau ngan TV show dia yang akan datang ni.. Haaa.. Korang sure kena tengok nanti bila dah kuar TV k..? Dan lepas Fafau ngan TV show dia settle, kitaorang akan buat projek together plak.. Faranana nye tv show.. :) Korang nak tak tengok ni..? Haaaaa.. Mekasih...

Cakap pasal Faranana, faranana.com masih di upgrade.. Insyaallah sebelum Julai akan siap.. Maaflah kawan kawan.. Ade beberapa masalah.. Tapi harap harap lepas ni tak de masalah dah.. Tunggu k.. pape Nana akan roger.. Dan ade berita best gak nak share ngan korang.. Insyaallah bulan 10 ni faranana akan keluarkan produk baru!!! Nak tau ape? Kenalah tunggu.. Janji? ;)

Oklah, membebel panjang pun nanti korang penat nak baca.. Kite layan gambar yg terbaru k.. Jommmssss!!

Ni Althea dalam walker Hawa (anak Adly (ex-boss Nana)) masa birthday party Hawa yang pertama.. :)

Tema hari tu, babies in polkadots, dads in white and mums in pink.. :) Tu Hawa ngan Adly..

Yang ni gambar dalam majalah Keluarga bulai Julai..

Ada lagi gambar... Beli tau.. :)

Ni 2 hari lepas masa gi shopping kat Midvalley.. Althea tidoooo.. ;)

Yang ni gambar hari ni.. Baru pasang playpen Althea kat tgh tgh rumah.. Sebab skang dia dah pandai merangkak.. Bahaya kalau tinggalkan sendiri.. Ade playpen ni at least tau dia kat dalam tu je.. :)

Yup! Althea dah pandai merangkak.. Jom tgk video ni..


Oklah kawan kawan.. Have a nice day! Hugs!!

Important :
  • Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; Nana Mahazan.
  • Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Nana Mahazan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
  • Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Nana Mahazan.

Friday, June 03, 2011

My Little Angel!!

Hello kawan kawan.. Saja nak share ngan korang.. Dalam video kat bawah ni Althea bersama kawan dia Sme-kat! Jom layan..

Itulah dia buah hati saya.. :)