Friday, September 30, 2011

Penyeri Hidupku!

Assalamualaikum!

Amacam, ada yang dah cuba cara make up macam Nana? Hehehehe.. Pape pun, mekasih tau sebab menbaca dan tgk video Nana buat tu ye..

Hari ni serba ringkas, hari Jumaat yang nyaman ni Nana hidangkan (macam makanan la plak, hehehe..) hiburan untuk kita bersama.. Jom sama sama gelak tengok penyeri hidup Nana ni beraksi! Ahakkkss.. Pastikan volume PC / laptop korang paling maximum (segala kekecohan yang bakal datang, Nana dan Althea tak bertanggungjawab k... :P)

Jomsss...





p/s : Hari ni Nana ada photoshoot ngan Sinar Harian kat Karangkraf kul 11 pagi, tu yang update awal skit hari ni.. Nanti Nana update pasal photoshoot k.. Owh, nanti Nana upload video Althea menakhluki bank k.. :D Take care guys.. xoxo

Thursday, September 29, 2011

Make up Cara Nana (Basic Make up)

Hello! Assalamualaikum semua!
Seperti yang dijanjikan, Nana akan update pasal make up.. Apa yang Nana tunjukkan kat sini Nana hanya share sahaja macam mana Nana make up.. Tak semestinya betul ok.. Cara Nana make up gitu..

Sebelum korang tengok video cara cara Nana make up ni, Nana nak bgtau barang barang yang diperlukan untuk make up secara basic ni..

1. Foundation - Tak kira liquid atau cream base.. Mana mana yang korang rasa sesuai ngan kulit muka korang.. Warna pula, ikut la kulit muka kita.. Jangan beli yang terlalu putih atau terlalu gelap..

2. Compact powder/loose powder/2 way cake - Pada Nana, mana mana pun ok.. Tapi Nana suka 2 way.. Jenama pun tak kisah, as long as korang puas hati ngan result dia.. Tak semestinya yang mahal tu sesuai ngan muka kita kan?

3. Bronzer - Untuk muka lebih natural gitu..

4. Blusher - Nana suka yang kaler mcm brown or earthy colour.. Pink kurang skit..

5. Celak kening/ eyebrow pencil - Mesti kena ada ni..

6. Mascara - PENTING!

7. Celak (bawah/atas mata) - Korang tau la untuk ape celak ni kan..?

8. Lipstick/lip gloss - Kalau korang pakai la.. Macam Nana, tak pakai lipstick atau lip gloss.. Hanya pakai bila show atau photoshoot sahaja.. :)

Ok, kalau korang dah ready, jom tengok step by step cara Nana make up.. Basic je k...


Foundation dan powder


Bronzer dan blusher


Kening 



Curler dan Mascara



Celak!


Last but not least.....


p/s : Macam Nana cakap kat video kat atas tu, ni cara Nana je.. Huhuhu.. Maybe tak perfect.. Harap morang puas hati.. Gigih amik video di selang seli dgn bg Althea susu dan tido kan dia.. Huhuhu.. Tu yang lambat skit.. Lagi satu agak payah sebab kena buat sume laju laju sebab video tak leh upload kalau lebih dari seminit setengah.. So ni je yang terbaik Nana leh buat utk korang.. Enjoy!

Wednesday, September 28, 2011

Tak sempat mengarang.. Vlog lah je ye hari ni.. :P

Assalamualaikum semua!
Ampun sebab lama tak update.. Dan memandangkan Nana tak sempat mengarang, jom layan video ni.. Boleh la jugak kan? Kira update x? Huhuhuhu..



p/s : sebab rekod pepagi, muka sembab.. ampun.. :p

Saturday, September 24, 2011

And the winner is....

Assalamualaikum semua!!!
Maaf sgt sebab lambat nak announce sapa yang menang untuk contest pertama blog Nana ni.. Busy la plak hari Sabtu  ni.. Anyways, dalam banyak banyak penyertaan ada 6 sahaja yang dapat menjawab dengan semua betul!

6 orang yang telah di short-listed kan adalah :

1. SITI NUR SYAZWANNY BT OTHMAN
2. SAZAHIDA SAMPOI
3. NURUL JANNAH BT ZULKIFLI
4. SURIA BT MINHAD
5. NORHIDAYAH NAIMAH BT ABD AZIZ
6. SITI NUR ATIQAH BT ABDUL NASIR

Sebenarnya bila Nana baca penyertaan korang ni Nana terharu sebab korang sokong Nana (dulu dan sekarang) dan ikuti perkembangan Nana.. Tak kira la dari masa muka Nana comot, sebelum kawin, lepas kawin, dah ada anak skang..Tak sangka jugak ramai jugak yang suka, seronok baca blog Nana dan nasihat atau cadangan korang akan Nana cuba buat ok.. :) Terima kasih skali lagi..

Oklah, untuk umumkan pemenang untuk contest pertama ni, jom tengok video ni! ;)

...and the winner is....



Kebanyakan penyertaan salah jawab soalan yang lebih kurang sama.. Nama sekolah rendah Nana ramai yang letak Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah, tu memang sekolah rendah Nana, tapi sampai darjah 3 setengah je.. Pastukan Nana pindah ke Sekolah Rendah Dato' Hashim di Kelantan. Dan satu lagi soalan yang ramai salah adalah lagu Nana.. Nana ada 2 lagu sendiri iaitu Katakan dan Lekas.. Yang Bahu ke Bahu tu lagu beramai ramai dan lagu Selamat Hari Raya tu lagu cover, so bukan lagu Nana...

Atas permintaan ramai, ni lah pemnyertaan Nurul Jannah berserta slogan :)

----------------------------------------------------------------------


SEGMEN PERTAMA


(A)Dah 8 minggu!!


(B)Berkurun nak update!


(C)FaraNana - Ape tu..?


(D)Jaga Badan & Makan Cara Nana


(E)MRB a.k.a Mohamed Raqeem Brian


SEGMEN KEDUA

1. MRB adalah singkatan untuk?
MRB adalah singkatan nama untuk Mohamed Raqeem Brian. Suami kepada Nurul Hana Che Mahazan. 

2. Nana sekolah kat mana masa darjah 6?
Nana sekolah kat Sekolah Dato' Hashim 1



3. Berat Althea masa lahir?
Beratnya ialah 2.71kg

4. Nana ada berapa adik beradik dan Nana nombor berapa?
Nana ada 4 orang adik-beradik dan Nana yang kedua.

5. Siapakah Oliver?
Oliver ialah buah hati Althea.. Hee seekor monyet dalam BabyTV.

SEGMEN KETIGA

1. Tarikh Nana dan MRB berkahwin?
6 Jun 2009

2. Nana terkeluar minggu ke berapa masa AF?
Minggu ketujuh :(

3. Namakan (ade 2 je pun) lagu Nana?
Katakan dan Lekas

SLOGAN

Saya ikuti perkembangan Nana dari tahun 2003. Masa tu saya ikut Akademi Fantasia 1. Dan ketika itu masih berdarjah-darjah lagi. Memang tak berapa faham lah AF ni apa. Yang tau tiap minggu ada yang tersingkir tetapi lama-lama tu dah mula faham dan mula jatuh minat pada Nana . Dan yang paling pelik sekali, masa Nana tersingkir, saya rasa sedih sangat. Jadi, masa tulah tau yang saya betul-betul minat Nana. Alhamdulillah saya tak salah untuk minat Nana. Terbaikkk!! dan dulu Nana takda blog so follow Nana melalui Bicara Nana kat Metro tu. Tetapi lepastu blog kat Era and sekarang blog kat Blogger dan saya rasa blog Nana akan lebih best kalau Nana ada buat macam segmen-segmen macam contest jugak tetapi tak berhadiah la, kokak la poket nanti bagi hadiah tiap masa. Hee.. Dengan cara ni, dapat tengok hubungan berhala daripada peminat dan artisnya. Tetapi janganlah selalu sangat. Nanti kurang pulak update daripada Nana. Tapi sebenarnya blog ni dah cukup best dan comel. Suka bila Nana ada post gambar-gambar. Ceria mata melihatnya. Hee. Banyak pulak terbebel ni. :D

----------------------------------------------------------------------

p/s : Sekali lagi jutaan terima kasih untuk semua yang telah amik bahagian k.. Nana sangat sangat hargainya.. :')

Friday, September 23, 2011

CONTEST BLOG NANA

Hello alll!! Haaa.. Dah bersedia nak sertai contest blog Nana..? Ok, untuk contest kali ni, ade 3 segmen (hamik kau.. mcm TV show dah..)

Segmen pertama, TREASURE HUNT! Tak de la teasure sgt.. Picture Hunt to be exact! Yang mana korang kena tengok gambar yang Nana letak tu dan bagi TAJUK BLOG bagi setiap gambar tersebut. Ejaan kena betul dah sebijik macam tajuk blog yang Nana tulis ye.. :) Ada 5 gambar kesemuanya, jadi 5 tajuk blog ye..

Segmen kedua, KUIZ! Korang kena jawab soalan yang Nana berikan.. 5 soalan kesemuanya.. Jawab dengan ayat sendiri ye.. Dan jawapan bagi setiap soalan leh cari dalam blog ni kalau tak tahu..

Segmen ketiga, TRUE-FAN QUIZ! Yakni, jawapan bg soalan soalan ni tak de kat blog, tapi kalau follow Nana dari dulu maybe boleh jawab.. Ada 3 soalan je..

Last but not least, SLOGAN! Iye la.. Kalau ramai yang jawab betul, kira slogan korang lah akan menentukan..

Ok, untuk hntr jawapan, sila email Nana kat nana.mahazan@gmail.com ok? (Mintak jasa baik korang email jawapan je k.. Jgn spam please..) :) Kalau letak kat comment, kang ade yg tiru plak kan? Hehehhe..

SO ARE YOU READY? Tarik nafas, dan jawab!



SEGMEN PERTAMA - Namakan tajuk blog bagi gambar gambar di bawah :


(A)

(B)

(C)

(D)

(E)

Ok, amacam? Next..

SEGMEN KEDUA - Jawab soalan!

1. MRB adalah singkatan untuk?

2. Nana sekolah kat mana masa darjah 6?

3. Berat Althea masa lahir?

4. Nana ada berapa adik beradik dan Nana nombor berapa?

5. Siapakah Oliver?

Senang jeeeeee... Ok, bersedia untuk segmen seterusnya?

SEGMEN KETIGA - Kalau boleh jawab memang korang terer!!

1. Tarikh Nana dan MRB berkahwin?

2. Nana terkeluar minggu ke berapa masa AF?

3. Namakan (ade 2 je pun) lagu Nana?

SLOGAN

Saya ikuti perkembangan Nana dari tahun ____________ (honest plss.. Tak semestinya lama ikut leh menang k..) dan saya rasa blog Nana akan lebih best kalau _______________________.

Tak kisah panjang mana korang nak karang.. Nak buat novel pun belasah jer.. Hehehehe.. 


HADIAH!! 


Korang mesti nak tahu kan..? Macam Nana cakap, tak seberapa je.. Huhuhu.. (segan plak..)




Haaaaaa.. Hoody Angry Bird! Baru pakai sekali je tau!! Nama pun koleksi peribadi kan? Nanti Nana cari apa lagi kalau ade.. Atau simpan hadiah lain utk contest lain di lain masa..? (berapa banyak lain daaaa..?) Haa.. Semua tu surprise!! Tapi yang pasti, pemenang akan dapat Hoody Angry Bird tu.. :) 


Tarikh tutup untuk korang hantar penyertaan adalah pada hari Sabtu 24 September jam 12 tengahari dan pemenang akan diberitahu melalui blog ini juga! Sila sertakan sekali Nama, Alamat dan No Telefon ok?


GOOD LUCK!!!! Mekasih kerana ambil bahagian tahu hadiah tak seberapa pun.. xoxo


p/s : Hadiah tidak termasuk suis lampu kat belakang tu k.. :D


p/s 2 : Setiap orang satu penyertaan je, jadi pikir betul betul baru jawab ok?

Crazy idea!!

Assalamualaikum semua!!

Tetiba pagi ni Nana rasa nak buat contest kat blog ni bagi menghargai korang yang selalu baca blog Nana.. :) Tapi Nana tak sure lagi nak buat macam mana.. Nak buat soalan terkumpul ke, treasure hunt (dalam blog je la) ke, sape cepat jawab ke.. Korang ade idea?? Cepat korang tinggalkan idea korang kat comment k.. Lagi cepat dapat idea, lagi cepat Nana leh start contest ni..

Nama pun contest, mestilah ada hadiah.. Kete atau rumah atau voucher shopping sume tak de k.. :P Excited kejap eh? Hahahaha.. Hadiah dia tak seberapa la.. Adalah koleksi barang peribadi Nana.. So kalau korang rasa nak barang barang Nana nie join la, yang tak nak jangan join, takut nanti menang komplen plak hadiah tak seberapa.. Hehehe..

Ok, sambil Nana cari ape hadiah best leh kasik kat korang, korang pikirkan konsep contest ni k.. :)

Till then! 


Althea pun tgh pikir ni...

Thursday, September 22, 2011

Apa yang ada dalam Diaper Bag ku?!

Assalamualaikum semua!!
Haaa.. Entry kali ni nak ucapkan terima kasih bebanyak kat Lina yang bagi idea nak tulis ape.. Ahakassss.. Dia kepoh sebenarnya nak tau apa ada dalam diaper bag yang selalu Nana bawak tiap kali kuar ngan Althea..

Dulu sebelum ada anak memang kuar akan selalu bawak handbag kan? Sekarang?? Diaper bag jer la! Hahahaha.. Tapi tak pe, Nana suka diaper bag Nana.. Nana ade 2 diaper bag, 1 MRB belikan.. Masa Nana ngandung Nana nak sangat beg tuh from MBMJ! :D Tadaaaaa...
Beg MBMJ ni Nana bawak bila gi function ke atau sesuai ngan baju la.. Kalau pakai baju kurung ke, dress ke, etc.. Korang dapat agaklah kan..?

Biasanya kalau hari hari biasa macam gi makan ke, shopping ke, Nana lebih senang bawak diaper bag ala ala bag-pack.. Jom Nana share ngan korang apa yang ada kat dalam diaper bag Nana nie ;)

Haaaa.. Ni lah diaper bag.. Corak atau design tu adalah hasil kreativiti MRB.. Tepek sticker jer.. Huhuhu.. Nana suka bag ni lebih lebih lagi lepas di tampal2 tu! Mekasih MRB ku sayang!

Nampak apa yang tergantung? Pacifier Althea.. :) Perlu ada bila time time emergency!

Haaaa.. Amik kau! Penuh!

Haaa.. Small container untuk Nana letak biskut Althea.. Yang tu biskut untuk teething.. Keras skit untuk gusi yang gatal nak tumbuh gigi.. Althea suka biskut tu..

Yang ni Nana baru beli, bekas isi air putih.. Dulu pakai botol, tapi tukar yang ni plak..

Botol susu nye.. Yang penting BPA free k.. :)

Termos terbaik! Untuk air panas dan biasa..

Milk dispenser! Dari atas, 3 scoops - 6 scoops..

Purse ku!

Mesti kena ada walaupun jarang guna.. In case lah kan.. Sebelah kiri tu jacket dan kanan tu blanket :)

Must have! Diaper, wipes, magic stick (mcm diaper cream tp lagi bagus! Love it) dan akhir sekali mat, utk alas bila salin diaper..

Haaa.. Dah sibuk dah dia nak tolong gak susun.. Tu pacifier dia dan wipes utk pacifier.. Manalah tau jatuh ke, ape ke.. :)
Dah kena bawak lariii.. Hahahaha..


Last but not least, Ipad.. Sangat sangat membantu kalau nak gi makan.. At least dia leka main ipad tu leh la Nana n MRB makan.. :)
Ok lah.. Tu je kot.. Oh, kadang kadang ade gak stokin atau mainan dia gantung-gantung kat beg tu.. :) Alright! Till next entry! :)


p/s : Kalau ade cadangan atau tips korang nak share atau nak Nana share, bgtau ye.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Althea Raqeem Brian

Assalamualaikum semua!!
Dah 2 hari Nana tak update blog.. Isk.. Tak sempat, semalam ade Althea nye class, hari ni plak Nana kuar gi beli barang, so ni baru ade masa nak mengarang.. Althea pun dah tido ni, so senang skit nak update..

Nana tengah cari cari gambar atau video untuk Nana update blog ni, tetiba jumpa video Althea masa dia berumur seminggu je! Heheehhehe.. Rasa nak nangis pun ada bila tengok video ni.. Sebab teringat masa tu.. Tak sangka sekejap je masa berlalu... Hari ni genap Althea 11 bulan..

Jom kita tengok video Althea masa berumur 7 hari..

Masa tu dia nak tido jeee.. Skang? Berjaga je.. Hehehe.. Tapi Alhamdulillah, Althea mesti akan tidur gak belah siang at least sekali.. :)


Apa yang Althea dah boleh buat sekarang setelah berumur 11 bulan? Berjalan!!! Haaa.. Mak Nana cakap, Nana boleh berjalan pun dalam 10/11 bulan.. Althea pun sama.. Kira Althea betul betul boleh jalan, tapi perlahan pada 16 September hari tu.. Since then, dia akan tawaf depan TV ni.. Tak leh dok diam.. Pusing je.. Hehehehe.. Baru pandai jalan lah katakan..

Since Nana tak update 2 hari kan blog ni, Nana letak lagi 2 video... Sayang Nana tak? :P Jom tengok Althea jalan..

Ni masa bebetul dia leh jalan.. 16hb September..

Ni plak 17hb September masa tengok konsert Suara Kami.. :D


Alhamdulillah tak susah jaga Althea.. Next month Althea dah setahun.. Haisshhh.. Sekejap je rasa.. Tak sabar.. Nana ingat nak buat party kecil kecilan untuk Althea nanti.. Insyaallah ye my lil baby.. Mummy tanye daddy dulu k.. :)


Last but not least, gambar tadi yang Nana amik masa kat Gardens Midvalley.. Althea nak berjalan je.. Aiyyooooo..


Kemain lagi dia.. Macam dah terer beno berjalan.. Ahakss..


Mekasih sebab sudi baca ye.. :)

p/s : Kalau korang suka baca blog Nana ni, sudi sudi kongsi blog Nana ngan kawan kawan korang k.. Kalau ramai yang baca, lagi ramai yg kenal Nana, so Nana harap tak de la orang dengar cite pasal Nana dari orang lain kan? Pape pun, mekasih! :)

Monday, September 19, 2011

U think u know me?

Haaaaa... Tajuk nak berlagak kan? Hahahaa.. Saje je.. Oklah, mungkin korang tahu siapa Nana, mungkin ramai lagi jugak yang tak tahu siapa Nana yang sebenar.. Gitu.. Ceng ceng ceng.. Kebenarannya akan terbongkar hari ini!

Nama penuh Nana ialah Nurul Hana bt Che Mahazan.. Ade or tulis Nurhana la, Nurul Nana la.. Nama abah pun kadang kadang jadik Che Mahzan, Mazan la... Ok, Nana dilahirkan pada 1 Julai 1983 kat Muar Johor tapi lepas lahir je Nana terus berpindah ke Kuching Sarawak.. Tak sempat pun kat Muar tu...

Nana dan famili stay kat Sarawak lebih kurang 3 tahun sebab abah Nana kan polis, so pindah randah tu biasa lah kan..? Lepas Kuching, kami sekeluarga berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan.. Lebih kurang 7 tahun... So Nana bersekolah kat sana dari tadika sampai lah ke darjah 3 setengah.. Tadika kat Kemas, tu pun masa Nana 5 tahun je.. Masuk 6 tahun Nana tak pegi tadika sebab abang Nana dah masuk darjah 1 n tak de sape nak teman Nana gi tadika (Nana dan abang beza setahun je), so Nana tak de sijil tadika tu.. *malu.. Dulu masa darjah 6 Nana pikir macam mana nak cari keje nanti sebab tak de sijil tadika.. Hahahaha.. Sekolah rendah plak kat Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah kat Seremban..

Lepas tu pulak kitaorang pindah ke Pengkalan Chepa Kelantan.. Ye, Nana kat sana dari darjah 3 setengah kat sekolah Dato' Hashim 1 sampai tamat form 5 tau kat Sekolah Menengah Pengkalan Chepa.. Tu yang Nana pelik sebab ade orang ngaku satu sekolah ngan Nana kat Muar la.. Kata macam macam pasal Nana (yang tak elok la..) masa Nana sekolah kat JB la.. Kelakar pun ada, sebab Nana tak pernah pun bersekolah kat Muar atau JB atau kat mana mana kawasan atau daerah kat Johor tapi ade orang yang kononya kenal betul Nana masa sekolah buat cite.. Tapi sedih jugak sebab orang yang baca atau dengar cite tu percaya bulat bulat apa yang orang yg kononnya kenal Nana tu cite dan sampaikan benda benda palsu tu kat orang lain...

Nana memang lahir di Muar Johor tapi Nana membesar merata.. Orang ingat Nana stay kat Johor je kot.. Tak pe lah, sape yang buat cite tu, Nana tak amik hati pun, kesian je sebab dorang tak de life kot sebab kena reka cerita.. So lepas ni kalau ade orang cite kat korang kenal Nana masa sekolah kat Johor ke Muar ke, tu sume tak betul ye.. Huhuhu..

Sambung balik.. Lepas lebih kurang 8 tahun kat Kelantan, tahun 2000 lepas habis je paper kimia SPM, Nana balik rumah, tukar baju sekolah tu terus naik kete pindah ke Muar.. Akhirnya, Nana berpindah ke tempat Nana lahir sebab abah ditukarkan ke Muar. Haaa.. Tu baru first time Nana dok Muar, bila umur Nana 17 tahun..

Kat Muar Nana ikut band polis Muar.. Nyanyi la, walaupun tak bape sedap kan.. Hehehehe.. Pas tu Nana masuk UNITAR di Pekan masa Nana umur 18 tahun.. Kejap je dah 3 months course.. Pastu Nana balik semula ke Muar dan masuk Cosmopoint kat Muar..

Kat Cosmopoint Nana amik Business IT. Nana suka sangat course tuh.. Programming paling Nana suka.... :) Nana tinggal lagi 2 semester lagi untuk tamat n dapat diploma bila Nana pegi audition AF atau Akademi Fantasia..

Akademi Fantasia tu sape pun tak tahu masa tu.. Nana suruh mak hantar nak ujibakat tu kat Melaka.. Tak pernah Nana masuk mana mana pertandingan nyanyian ke, karaoke ke apa ke.. Kecuali masa darjah 6 Nana wakil daerah untuk Suara Emas.. Tu pun kalah... Hahahaha..

Tak sangka plak dapat AF dan tup tup jadi penyampai radio dan sampai lah sekarang.. Kiranya Nana tak sempat nak habiskan diploma Nana tu.. :( Dalan adik bradik, Nana sorang perempuan, ada sorang abang dan 2 adik.. Sikit pasal Nana, Nana ni mak kata Nana garang.. Memang garang kot.. Korang tak tahu kan? Ape lagi ek? Oh, Nana ni simple je, dulu macam tomboy skit.. Skang dah besar tak lah kan? Hehehe..

Kete pertama Nana beli lepas AF tahun 2003, masa tu Nana 20 tahun.. Bangga gak la.. Pastu tukar kete lain tahun 2004 masa umur Nana 21 tahun.. Lama gak pakai kete kedua tu.. Dalam 5 tahun, baru Nana tukar kete yang sekarang ni Nana pakai.. Alhamdulillah dah beli 2 apartment, tapi 1 dah jual.. 1 lagi masih dalam proses pembinaan.. Alhamdulillah semua pakai duit Nana sendiri..

Ade jugak Nana dengar cite orang kata mak angkat Nana yang belikan kete untuk Nana.. Isshhh.. Mana ada.. Cite palsu semua tu.. Setakat ni semua hasil titik peluh Nana sendiri dan Nana bangga walaupun tak seberapa pun kereta atau rumah yang Nana beli..

So sekarang Nana tinggal di rumah yang MRB beli sebelum kitaorang kawin.. Tu nanti bila siap apartment yg Nana beli tu, ingat nak jual.. Buat investment gitu kan..?

Oklah, tu je kot setakat ni.. Sebab malas dan tak de masa nak selang selikan cerita dan gambar, Nana letak terus je lah gambar selambak kat sini ye.. :) Selamat menjamu mata..












Ade rupa Althea tak..?




p/s : gelak sakan nampak tengok gambar Nana.. :p btw, tak sempat nak letak caption kat sume gambar.. Althea dah ngamuk nak makan.. Laters guyss!!

Sunday, September 18, 2011

Screaming Althea!

Haaaaa... Ramai gak yang request Nana update pasal Althea.. Suke eh..? :P Ok, hari ni Nana nak share rutin Althea seharian..

Isnin sampai Ahad kecuali hari Selasa :

8/9pagi -  Biasanya Althea akan bangun.. Time ni kitaorang akan golek golek atas katil.. Huhuhu.. Best!!

9/10pagi - Memain ngan dia sambil tunggu waktu nak mandi.. Biasanya mandi dalam kul 10 pagi..

10.30/11pagi - Makan time!!! Biasanya Nana akan bagi Althea cereal (Cerelac) or oats with prune or puree.. Pernah buat bubur utk dia, tapi dia tak suka..

11.30/12.30tghari - Althea tengok TV or main main dan nap lepas tu dalam sejam ke dua jam..

1.30/2.30ptg - bangun dari nap dan main lagi.. Bagi dia susu..

3/4ptg - maybe akan nap lagi.. Sekejap..

5/6ptg - Bangun dari nap, makan dan mandi.. Relax tengok TV, main main lagi..

8/9mlm - Sleeping time! Bagi Althea susu masa dia nak tido dalam 8 oz..

So sebelah malam Althea akan bangun setiap 6 jam untuk susu dan akan sambung tido balik... Tak pernah bangun tengah malam lagi setakat ni..

Hari Selasa lain skit sebab Althea ade class kat Tweedlewink.. Right brain education.. Leh usha kat Tweedlewink k.. Her class starts at 1.30pm.. Sejam je.. Biasanya lepas balik dari class, Althea akan nap..  Tak lari sangat la jadual dia..

Tapi yang Nana tulis tu roughly je.. Kadang kadang kalau dia bangun lambat atau ade kuar jenjalan atau balik kampung ke lain la skit jadualnya.. Apa pun, Althea ni tak susah sangat nak jaga.. Yang penting cukup tidur dan makan, dia akan ok! Kalau bawak berjalan pun senang, asal ade susu dia, stroller, kautim! ;)

Oklah, tu la sedikit sebanyak! Nana akhiri entry kali ni dengan video Althea.. Tak sabar le tu! :P




p/s : Masih memikirkan nak update apa esok! hmmm...

Saturday, September 17, 2011

Lucky me!

Assalamualaikum.. Hello semua!!
Apa khabar? Sihat hendaknya ye.. Alhamdulillah Nana sihat cuma MRB ade flu.. Sian dia.. Althea pun nak tumbuh gigi plak.. Rasa gusi bawah dia cam tajam sikit.. Hehehe.. Can't wait.. Sib baik Althea tak demam ke apa lagi setakat ni..

Ok, entry kali ni Nana nak share ngan korang gambar gambar yang sempat Nana amik dan ada dalam simpanan Nana yang mana gambar gambar Nana bersama artis atau selebriti kat Malaysia ni dan antarabangsa.. Rasanya Nana ni bertuah la jugak dapat jumpa, interview, bekerjasama dan berkawan dengan sesetengah dari mereka ni..

Jom le nengok..

Masa ni Nabil baru je menang Raja Lawak tu..

Joe Flizzow dtg wedding kitaorang.. :)

Yang ni masa photoshoot untuk cover Remaja dengan Ashraf Muslim.. Tu semua warga kerja Remaja.

Aizat!! 

Yang ni masa Nana jadi cameo utk filem Sifu & Tongga..

Ari Lasso!

Ngan Que Haidar utk photoshoot.. Tahun bila pun dah lupa.. Hehehe..

Que, Awal, Liyana Jasmay & Me

Jumpa Ari Lasso kat Singapore! 

Jason Mraz!

Ni masa Kelab Pop! Of coz la menang! :P

Giring Nidji!

Pharrell!

Ni Nidji nye guitarist.. Nama lupa.. Ampun.. Ni masa Sunburst..

Ella The Queen of Rock! Dia sgt sweet ok! Love u kakak!

Jgn tanye mana Nana letak gambar ni.. Lupa! Uwwaaa..

Yeay!

Dafi! Ni masa ABP.. Taun bila tak ingat jugak.. Huhuhu..

Ni masa shoot drama Kau & Aku kat Jakarta.. Akim!

Sama gak masa shoot drama Kau & Aku!

Ni masa majlis berbuka puasa bersama anak yatim, 3/4 tahun lepas kalau tak salah..

Ngan Azura Zainal!

Dato LCW.. Ni Nike nye event kat CBN kalau tak salah..

ooowwwhhhh. Cair ooo jumpa my Usher!!!!!!

Thanks a lot to MRB sebab jumpakan Nana ngan USHER!!!

Pregnant masa ni.. 6 bulan kot..

Sorry! USHER Nana sgt minat, tu yg banyak tu gambar dia.. :P

Ngan Sherry masa shoot filem Maut..

Atie & Azza!

Abg Adflin Shauqi!

Abg Anuar Zain! Glowing k muka dia! Sgt hensem!

Sedondon k.. Jaket jeans.. :P

Man Raja Lawak!!

Masa photoshoot untuk Utusan.

DDFK!

Rossa!! Dia ingat Nana k.. Ahaks, terharu! Sweet sgt dia!

Haaa.. Cuba teka band ape ni.. dari Indonesia! (Nana lupa sebenarnya) :p

Datin Seri Tiara ngan Hani her daughter.

Lisa S!

The gorgeous Maya Karin!

Abg Imuda!!

Ce teka siapa...? Hint : Mendung!

Sgt la sweet, beautiful, one n only Dato Siti Nurhaliza.

David Archuleta!

With Vanessa.. Ni masa engagement party dia ngan Moot!

Mootsy! Vocalist/rapper for Pop Shuvit n from Hitz.fm.
Haaaa.. Tu je lah setakat ni.. Semoga terhibur dan terisi masa yang terluang..


p/s : Besok video Althea!!! ;)