Saturday, September 24, 2011

And the winner is....

Assalamualaikum semua!!!
Maaf sgt sebab lambat nak announce sapa yang menang untuk contest pertama blog Nana ni.. Busy la plak hari Sabtu  ni.. Anyways, dalam banyak banyak penyertaan ada 6 sahaja yang dapat menjawab dengan semua betul!

6 orang yang telah di short-listed kan adalah :

1. SITI NUR SYAZWANNY BT OTHMAN
2. SAZAHIDA SAMPOI
3. NURUL JANNAH BT ZULKIFLI
4. SURIA BT MINHAD
5. NORHIDAYAH NAIMAH BT ABD AZIZ
6. SITI NUR ATIQAH BT ABDUL NASIR

Sebenarnya bila Nana baca penyertaan korang ni Nana terharu sebab korang sokong Nana (dulu dan sekarang) dan ikuti perkembangan Nana.. Tak kira la dari masa muka Nana comot, sebelum kawin, lepas kawin, dah ada anak skang..Tak sangka jugak ramai jugak yang suka, seronok baca blog Nana dan nasihat atau cadangan korang akan Nana cuba buat ok.. :) Terima kasih skali lagi..

Oklah, untuk umumkan pemenang untuk contest pertama ni, jom tengok video ni! ;)

...and the winner is....



Kebanyakan penyertaan salah jawab soalan yang lebih kurang sama.. Nama sekolah rendah Nana ramai yang letak Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah, tu memang sekolah rendah Nana, tapi sampai darjah 3 setengah je.. Pastukan Nana pindah ke Sekolah Rendah Dato' Hashim di Kelantan. Dan satu lagi soalan yang ramai salah adalah lagu Nana.. Nana ada 2 lagu sendiri iaitu Katakan dan Lekas.. Yang Bahu ke Bahu tu lagu beramai ramai dan lagu Selamat Hari Raya tu lagu cover, so bukan lagu Nana...

Atas permintaan ramai, ni lah pemnyertaan Nurul Jannah berserta slogan :)

----------------------------------------------------------------------


SEGMEN PERTAMA


(A)Dah 8 minggu!!


(B)Berkurun nak update!


(C)FaraNana - Ape tu..?


(D)Jaga Badan & Makan Cara Nana


(E)MRB a.k.a Mohamed Raqeem Brian


SEGMEN KEDUA

1. MRB adalah singkatan untuk?
MRB adalah singkatan nama untuk Mohamed Raqeem Brian. Suami kepada Nurul Hana Che Mahazan. 

2. Nana sekolah kat mana masa darjah 6?
Nana sekolah kat Sekolah Dato' Hashim 1



3. Berat Althea masa lahir?
Beratnya ialah 2.71kg

4. Nana ada berapa adik beradik dan Nana nombor berapa?
Nana ada 4 orang adik-beradik dan Nana yang kedua.

5. Siapakah Oliver?
Oliver ialah buah hati Althea.. Hee seekor monyet dalam BabyTV.

SEGMEN KETIGA

1. Tarikh Nana dan MRB berkahwin?
6 Jun 2009

2. Nana terkeluar minggu ke berapa masa AF?
Minggu ketujuh :(

3. Namakan (ade 2 je pun) lagu Nana?
Katakan dan Lekas

SLOGAN

Saya ikuti perkembangan Nana dari tahun 2003. Masa tu saya ikut Akademi Fantasia 1. Dan ketika itu masih berdarjah-darjah lagi. Memang tak berapa faham lah AF ni apa. Yang tau tiap minggu ada yang tersingkir tetapi lama-lama tu dah mula faham dan mula jatuh minat pada Nana . Dan yang paling pelik sekali, masa Nana tersingkir, saya rasa sedih sangat. Jadi, masa tulah tau yang saya betul-betul minat Nana. Alhamdulillah saya tak salah untuk minat Nana. Terbaikkk!! dan dulu Nana takda blog so follow Nana melalui Bicara Nana kat Metro tu. Tetapi lepastu blog kat Era and sekarang blog kat Blogger dan saya rasa blog Nana akan lebih best kalau Nana ada buat macam segmen-segmen macam contest jugak tetapi tak berhadiah la, kokak la poket nanti bagi hadiah tiap masa. Hee.. Dengan cara ni, dapat tengok hubungan berhala daripada peminat dan artisnya. Tetapi janganlah selalu sangat. Nanti kurang pulak update daripada Nana. Tapi sebenarnya blog ni dah cukup best dan comel. Suka bila Nana ada post gambar-gambar. Ceria mata melihatnya. Hee. Banyak pulak terbebel ni. :D

----------------------------------------------------------------------

p/s : Sekali lagi jutaan terima kasih untuk semua yang telah amik bahagian k.. Nana sangat sangat hargainya.. :')

12 comments:

  1. congrats nurul!! btw, baju Thea comel. Barca fan forever gittew! :)

    ReplyDelete
  2. Wahhhh thank you so so so so very much!!
    yeyy dapat baju kak Nana :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tahniah NURUL JANNAH BINTI ZULKIFLI ! :D :D :D

    ReplyDelete
  5. waaa :'( hahaha me so jealous leyy.. anyway, congrats to nurul. nana, do some more contest. it's fun! hahaha

    ReplyDelete
  6. ok.. boleh je buat contest lagi, tapi tak selalu la k.. kang bosan plak plus xtau nak bg ape dah.. huhuhu.. thanks guys!

    ReplyDelete
  7. ey budak comey yg last tu...eeehhhhhhh...ehhh...

    ReplyDelete
  8. congrats nurulll! :)

    p/s: kak nana, best pulak buat treasure hunt cam nih ;)

    ReplyDelete
  9. errrkkk..nana,
    kasi tau la jawapan utk suma segmen2 tuh..
    boleh tau mana soklan mana yg salah jawab..
    hehe~~:)

    ReplyDelete
  10. kak nana,publish la jawapan pemenang tu.nk jugak baca slogan dia..hehe

    ReplyDelete
  11. tahniah nurul .. boleh lah pakai baju tu nanti ye .. heheheh

    ReplyDelete