Wednesday, October 05, 2011

My little laughing baby!

Hello all!
Assalamualaikum semua!! Ade banyak video Althea yang Nana amik sejak dua menjak ni.. Hehehe.. Tapi takkan nak letak semua sekali gus kan..?

Ok, untuk hari ni adalah video Althea memain ngan MRB.. Nana perasan Althea ni boleh gelak kuat pasal benda benda simple je.. Tapi lepas tu kalau kita buat benda yang sama, dia tak gelak lagi dah.. Huhuhu..

Jom kita tengok Althea gelak sakan!! ;)



Lepas ni ade video Althea memain ngan Hurley (kucing kitaorang) dan ade video Althea berjalan kat luar rumah.. Tunggu k... :) Korang pun kalau baca blog Nana ni tinggalkan lah comment k.. Tak kisah lah nak bagi idea ke, apa ke.. Nana baca tau! :) Thanks guys..


p/s : Minggu ni tak sempat nak mengarang pepanjang sebab Nana keje (on-air ganti Leya kat Hotfm) so, bila balik dari keje dalam kul 4 dah spend time ngan Althea, so harap korang paham ye.. :) Tapi video Althea korang lagi suka kan..? Till tomorrow!

Monday, October 03, 2011

Baby.. Baby.. Baby..

Hello!!
Assalamualaikum semua! Oklah, entry kali ni Nana nak update atas permintaan yang dihantar melalui komen kat blog ni.. Pasal persiapan bila nak sambut baby baru..

Well, Nana pasti ramai yang tahu apa nak beli dan buat, juga ada yang tak tahu kat mana nak mula dan apa yang patut dibeli.. Sekarang ni dengan kuasa internet, macam macam info kita boleh dapat.. Macam Nana masa mengandungkan Althea, Nana ikuti perkembangan baby kat babycenter.com.. Memang website banyak membantu Nana.. Ade tips, jawapan bagi pelbagai persoalan mengenai pregnancy, baby dan macam macam lagi yang berkenaan dengan tumbesaran anak anak..

Ok, untuk yang sedang pregnant skang dan tak tahu ape nak beli, apa nak beli, ni ade checklist yang korang boleh rujuk dari Mothercare Malaysia harap harap dapat membantu korang semua.. Nak paste kat sini, tapi tak leh plak.. Pada Nana tak kisah brand apa, mahal atau murah, asalkan berfungsi dan dapat membantu tugas seharian kita membesarkan baby yang baru lahir ni..

Antara benda yang Nana rasa wajib beli adalah breast pump dan bottle warmer.. Memang sangat sangat membantu. Tambah tambah lagi kalau ibu yang bekerja.. Breast pump tu kalau boleh beli yang guna bateri atau elektrik sebab kalau tak letih nak picit manually.. Serius! Trust me! Juga Nana rasa sangat sangat penting untuk breast feed sampai at least 4 bulan tanpa campur dengan susu formula atau mana mana susu lain. Exclusive breast feed! Nana alhamdulillah dapat susukan Althea selama 6 bulan.. Tak campur.. Alhamdulillah Althea susah nak sakit, cuma sekali masa 2-3 minggu lepas campur susu formula.. Sekali je tu so far dia sakit dan bila setiap kali kena jab untuk imunisasi tu, dia tak demam.. Doktor kata, susu ibu tu yang membantu menguatkan tahap ketahanan baby tu.. So Nana harap, semua bakal ibu dapat cuba untuk bagi susu badan secara eksklusif ok.. Penat memang penat, tapi berbaloi! Dan boleh kurus dengan cepat! :)

Lagi yang paling Nana nak ingatkan semua, kalau boleh belilah car seat.. Dari baru lahir sehingga 4 tahun at least.. Mesti kena.. Pada Nana tu sangat penting sebab untuk menjaga keselamatan baby kita.. Orang kata malang tak berbau kan? Macam Althea, masa nak bawak balik dari hospital, dari umur dia 3 hari, sampai sekarang Nana akan pastikan dia berada dalam car seat dia setiap masa bila dia dalam kereta.. Mungkin orang kata mahal la, tak mampu, tapi apa salahnya berbelanja untuk menjamin keselamatan anak kita.. Tak de harga dapat dibandingkan dengan nyawa ataupun keselamatan permata hati kita kan? Tapi apa pun tu terpulang lah pada diri masing masing.. Oh, dah lagi satu, kalau beli car seat tu, please jangan lah letak kat kerusi hadapan.. Tempat selamat untuk kanak kanak bawah 12 tahun adalah di bahagian tempat duduk belakang.. Korang pun boleh baca manual atau instruction kalau beli baby car seat tu.. :)

Oklah, kalau ade sebarang soalan, boleh tanye Nana atau korang boleh rujuk babycenter.com jugak.. Nana hanya berkongsi apa yang Nana baca.. :)

Last but not least, jom tengok video Althea jom!!



p/s : Althea suka huruf S... Sssssss... Dan kalau ade sebarang request nak suruh Nana update blog, sila tinggalkan di comment ye..

Bila Nana buat persembahan.... :P

Holla all!!!

Assalamualaikum semua!! Hari ni ade persembahan!!! Video ni diambil pada hari Sabtu malam.. Sila lah menjamu mata dan telinga!! Hahahaahahaha...






Lupa plak nak bgtau, nape adik Nana ni main accordion ni.. Dia skang belajar kat Aswara dan ade amik course main accordion ni.. Tu abah baru belikan dia accordion tu, so sbb tu la sakan kitaorang lenjan accordion dia.. Hehehehe..


p/s : Besok korang kena tengok video Althea k.. Cute sangat!! Till tomorrow!! Hugs!