Hello! Haaa.. Kat blog Nana ni Nana suka nak kongsi ngan korang sume tentang macam macam cara Nana uruskan diri ni.. Sebab ramai juga yang bertanya, so Nana rasa korang nak tahu lah kan..?
Hari tu Nana share pasal jaga rambut, jaga muka dan hari ni Nana nak share pasal jaga badan. Tak de la elok mana pun badan Nana ni, sekadar berkongsi maklumat yang Nana tahu dan amalan Nana lah ye..
Ok, sejak sekolah sampai sekarang Nana memang agak susah nak put on weight. Nana pun tak pernah diet.. Alhamdulillah Nana dikurniakan kadar metabolisma yang agak tinggi, so agak susah nak naik berat badan. Tapi tak bermaksud Nana tak jaga langsung.
Dulu kalau korang perasan masa dalam AF tahun 2003, berat Nana 41kg.. Hahahha.. Cekeding! Kurus tul.. Skang berat Nana 46/47kg.. 45kg pun pernah gak lepas bersalin ni.. Nana rasa faktor berat badan Nana ni bergantung pada aktiviti seharian Nana (menjaga si Althea ni haa.. :D) dan jugak faktor umur kot.. Lagi tua lagi senang naik berat badan.. Kalau korang plak macam mana..?
Masa Nana pregnant dulu Nana berat sampai 63kg. First time lebih 50kg.. Dan lepas bersalin Nana tak de diet cuma berpantang masa dalam pantang dan exclusive breast feed Althea sampai hampir 6 bulan.. Tu yang buat Nana senang turun berat masa mengandung tu..
Oklah, untuk korang yang ada masalah berat badan atau tak de masalah pun, Nana rasa cara yang baik adalah menjaga dan mengawal pemakanan kite.. Bukan Nana maksudkan tak makan atau diet, tapi lebih kepada memilih makanan yang sihat. Nana dulu memang tak berapa peduli pun pasal pemakanan sihat ni, tapi sejak kawan dan berkahwin dengan MRB, jadi terikut ikut dia sebab MRB ni suka jaga (sebab senang naik badan kot, huhuhu..) jadi apa salahnya berubah untuk kebaikan.
Ok, sebelum kita mula, apa kata kita kira BMI (body mass index) kita.. Supaya kita tau samada kita under-weight, normal, over-weight atau obese.. Kan? BMI ni pun sebagai guide je.. Cara nak kira mcm ni :
Metric Imperial BMI Formula
The metric bmi formula accepts weight measurements in kilograms & height measurements in either cm's or meters.
1 meter = 100cms
meters² = meters * meters
1 meter = 100cms
meters² = meters * meters
BMI = ( kg/m² ) | weight in kilograms |
———————————— | |
height in meters² |
BMI | Weight Status |
---|---|
Below 18.5 | Underweight |
18.5 -24.9 | Normal |
25 - 29.9 | Overweight |
30 & Above | Obese |
* Ada banyak BMI calculator kalau kite google je.. Senang skit, xyah kira sendiri.. :D Contoh di : http://www.nhlbisupport.com/bmi/bminojs.htm
Macam Nana, berat 47kg, tinggi 163cm = BMI 17.7 (under-weight). Berat yang ideal untuk Nana adalah dalam 49.2~66.4kg.. Haa.. Maksudnya, boleh la tambah berat badan lagi. Hehehe..
Macam Nana cakap, BMI ni sebagai guide je.. Sebab macam Nana, Nana rasa berat Nana ni dah ok, as long as Nana sihat, tak memudaratkan kesihatan dan Nana rasa penampilan, bentuk badan yang ok, ok kot..
Ok, kalau korang rasa nak kurangkan berat badan atau nak hidup lebih sihat, cuba korang praktikkan ni..
1. Kalau beli apa apa makanan/minuman dalam tin/kotak/botol PASTIKAN korang baca nutrient fact/fakta nutrisi yang ada kat situ.. Kalau boleh beli yang SUGAR FREE atau LESS SUGAR, NO TRANS FAT, 0% CHOLESTROL, LOW FAT, FAT FREE, etc.. Yang ni cara paling simple untuk korang yang baru nak start jaga dan makan secara sihat.
Wholemeal bread |
Contoh : Kalau nak beli air soya dalam kotak tu.. Memang ade byk brand kan? Pilihlah yang NO SUGAR atau kalau suka manis pun, amik yang WITH BROWN SUGAR. Sebab sekarang memang banyak makanan yang mengutamakan kesihatan.
Contoh 2 : Roti. Ala.. Roti yang kite buat sandwich ke, toast ke, atau kalau nak order kat kopitiam ke, pilih yang WHOLEGRAIN atau WHOLEMEAL sebab lebih baik dan lebih sihat dari roti putih biasa tu..
2. NO JUNK FOOD! Lebihkan sayuran dan buah buahan. Sebab makanan ni mengandungi lebih banyak kandungan nutrisi kan? Junk food atau jajan ni memang sedap, tapi kadar kalori dia tinggi.. Boleh la makan sekali sekali.. Jangan selalu ye.. Kalau nak makan chocolate ke, donut ke, jangan la hari hari atau sekali hadap habis 4/5 ketul!
Chicken Wings |
3. Nasi, ayam, daging, boleh makan, tapi tidak lah dalam kuantiti yang melampau.. Macam mana pun, kita masih perlukan kabohidrat, iron dan protein yang terkandung dalam makanan tu. Senang je, Kalau hari ni makan ayam, besok makan ikan pulak.. Jangan la dalam seminggu tu makan daging hari hari.. Haaaa.. Kalau boleh, ELAKKAN kulit dan lemak ayam tu.. Samalah untuk daging, lemak tu memang la sedap! Tapi kalau tak makan pun tak pe kan? Tetap sedap jugak. Saje nak share, Nana tak makan kulit ayam sejak dari form 2 sebab masa tu ada terbaca article pasal kulit ayam boleh menyebabkan breast cancer. (tapi Nana pun tak 100% sure tentang kesahihan artikel tu, tapi Nana tetap la tak makan kulit ayam since then..)
Nyum nyum, seafood |
4. Seafood.. Kalau korang suke ketam, udang, maybe korang nak kurangkan sikit sebab kandungan kolestrol memang sangat tinggi dalam makanan laut macam ketam dah udang ni.. Seminggu dalam sekali pun dah ok.. Walaupun kalau kadar kolestrol tinggi tak de efek pada bentuk badan, tapi tak salah jaga kesihatan.. Kan?
Kalau korang rasa nak diet, memang boleh, tapi jangan sampai tak makan tau. Walau macam mana pun, badan kita perlukan makanan untuk bekalkan tenaga supaya kita boleh bekerja dan bermaya lah kan? Ingat, jangan tak makan. Makan tapi pilih makanan yang lebih sihat.. Tak susah pun nak pilih lagi lagi dengan sekarang memang ade banyak pilihan makanan kat supermarket tu.
Aerobics |
Last but not least, SENAM!!! Macam mana malas sekali pun, kena bersenam ok.. Kalau channel kat TV pun banyak rancangan mcm aerobics atau cara bersenam yang simple yang boleh kita buat kat umah.. Tak pun internet.. Senang sgt sekarang ni.. Kalau yang berkemampuan dan ada banyak masa, leh la enroll ke gym, tapi sama je, daftar semua orang boleh daftar, rajin ngan tak rajin je nak pegi.. Berjalan ke taman ke, jogging ke, sit up ke..
Masa Nana daftar gym 2 tahun lepas, lepas dorang timbang Nana, dorang soh Nana tambah 3kg.. So adalah senaman yang disediakan untuk Nana tambah berat.. Macam tone up muscle.. Tak de la sampai berketul ketul macam body builder tu, cuma tak mengelebeh la.. Nampak lebih lean la gitu.. Tapi Nana tak bape suka sangat senaman macam tu, jadi Nana masuk kelas kelas yang ada macam menari dan aerobics lebih kepada latihan cardio. Bersenam dalam masa yang sama Nana buat benda yang Nana suka dan enjoy laaa.. Tapi penat tak henggat!! Hoh!
Tak sampai setahun pun Nana masuk gym sebab pastu Nana dah pregnant, so Nana stop sampai sekarang tak pegi dah.. Menjaga Althea dah macam gi gym.. Hahahahaahaha..
Kalau nak lagi senang, kalau korang parking kete tu kat tempat keje ke, nak gi mall ke, park jauh jauh skit, dalam tak langsung korang berjalan.. Dapat la senam jugak.. Macam abah Nana selalu cakap “parking nak dekat, petang petang gi jogging!” Maksudnya, tak kira kat mana dan bila pun kita boleh bersenam..
Oklah, tu je la yang dapat Nana kongsi.. Apa apa pun, ni cara Nana jaga badan dan kesihatan.. Tak semestinya bagus atau betul.. Ni cara Nana.. Kalau ade yang tersalah ke, ampun maaf ye sebab Nana ni pun bukan pakar nutrisi.. Semua yang Nana tulis kat sini based on apa yang Nana baca.. Selamat menjaga badan dan cara hidup yang lebih sihat!
Jom tengok gambar Nana dari 2008 - 2011.. Alaaa.. Sama je.. Ampun, tak de gambar yang lagi lama..
2008 |
2009 (Ni kat Jakarta masa shoot untuk Kau & Aku, tp gambar ni bukan masa shoot, masa lepas shopping!) |
2010 (Ni masa pregnant 5 ke 6 bulan... Yang tu Shac :) ) |
Latest 2011 |
p/s : korang boleh tinggal kat komen korang nak Nana update pasal apa ye.. Thanks in advance!
thanx for sharing nana..ok smangat nak go for healthy foods huhuhu..
ReplyDeleteermm y not u kongsi pasal make up or beauty tips..
eppy blogging! skali update 2 entry ari ni huhu..
Lepas geram! :D make up n beauty tips ye? Akan diusahakan.. Thanks!
ReplyDeletenana suami akak diet 2 bulan tak makan nasi leh turun 15 kg.akak jugak yg tak turun2x. tapi memang nak diet jugak.tak larat.bdn jd letih.tq untuk tips2 tu nana.n tq jugak sebab tukar colour font. lepas ni buat tips make up pun ok gak nana.
ReplyDeletetips berguna ni! thx for sharing ya! :D
ReplyDeletemaintain slim je bdan kak nana ni...hope kak nana bolh share lgi bnyak tips2 kcntikan...
ReplyDeleteoh...kulit ayam~~~
ReplyDeletetapi betul la org cakap dop elok..
but just cannot stop from taking it.
kak Nana byk share psl foods. thanks boleh apply ni :D
fuhh, teruja baca entry sis hari nih. ;)
ReplyDeletememang plan nak turun berat badan, tapi lepas tak menjadi, makan hentam je, pastuh naik balik. ;)
good info kak nanaaa!!!
p/s:font dah tukar eh? :)
bestla metabolisme tinggi sure tak gemok huhu. saya jenis kalau makan banyak berat senang naik. pergi gym tak pernah tapi selalu jalan kaki mengukur mall. kira okla haha
ReplyDeleteyupp..nana have a great metabolism...since kat muar lagi....aktif tul badminton semua...:)
ReplyDeleteBadminton? tu mak nana la.. nana mmg xde nye nak bersukan.. ahakss!
ReplyDeletegoodlah nana share pasal petua menjaga berat badan...:)
ReplyDeleteNak tanya apa rutin senaman yang you buat? Macam sit up ke apa ker sebab serious badan you cantik. Kalau nak update blog nak tahu pasal family dan apa cita cita you sebenarnya daripada dulu. Mostly pasal your life. XOXO
ReplyDeleteyup..healthy food mmg berkesan..x perlu nak sibuk2 control makan sangat..bila kita jaga pemakanan, secara x langsung kita dah kawal dah...gud info nana...
ReplyDeletenana, memang betul pun makan seafood boleh gemuk. macam saye... hehe
ReplyDeletebetul lah kan .. kalo tak makan main blasah je .. slagi boleh makan kata org .. tp tengok nana, cepat je turun balik .. tq utk share ye ..
ReplyDeletebestnya kalau dapat badan macam nana!makan lebih sikit pun tak ape ;)
ReplyDeletewow nice tips nana.rara nk kawen okt ni,mmg sgt perlukan tips cm ni.
ReplyDeletekak nana..dianne here...dianne de under weight tau,,meh share dgn dianne cane nk gain weight???? dh minum weight gain appeton smpi 2 tin,tgal tin je x mkn lg...haha...neway,kak nana mkin cun n hotzzzzz sejk bgelar mommy...<3 sis..
ReplyDeletenana dr dulu smpai skang maintain...
ReplyDeletemenjadi idolaku utk kekal slim..=)
pregnant pun x nampak gemuk..ok jeles =,=!
ReplyDeletenana bole bg tips utk rambut gugur tak?
ReplyDeleteFuh ...mantap .... tahniah sbb dapat bentuk badan balik .. seronok sang suami ... hehehe....
ReplyDeletewww.hasrulhassan.com
Hi nana...tgk gambar nana baru2 lepas bersalin dulu rasa jeles je. Part perut tu macamana boleh kurus ye...saya ni, badan memang boleh maintain, tp lepas bersalin, perut belum nak kurus le..hee..ada tips x?
ReplyDeleteNana bole bagi tips untuk kempiskan perut yg buncit? Selain daripada buat sit up hari2..... Seyes body u tip top.. I like!
ReplyDeletethanks nana for the go0d info ^_^
ReplyDeletehahaha...memang slim giler...jeles tengok...thanks for sharing cara pemakanan..okey....tip untuk kempiskan perut...
ReplyDeletewah slim tu
ReplyDeletechantek-2.. thanx 4 sharing some tips on diet. :D
ReplyDeleteLeh x share pantang larang masa berpantang sampai perut Nana maintain flat..huhu..
ReplyDeletebestnye nana jd hot mama pas bersalin..i lepas bersalin..bdn naik double trus...frustttttt!
ReplyDeletesaya pun jadi mcm nana..hot mama
ReplyDeletehttp://shakleedmamazara.blogspot.com/
nana jgn lupa sapu foam Opa Snow Slimming Foam tau...
ReplyDeletelagi cepat tindabalas nyer..
rajin2 la buka blog sya yerr....http://sapukurusfoam.com/blog/
terimakasih banyak
ReplyDeletemadu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Darah Tinggi