Thursday, December 29, 2011

Xmas 2011

Assalamualaikum semua!
Nak update memang dah lama.. Tapi dalam seminggu dua ni MRB sakit, pastu Nana pastu ni Althea.. Tapi alhamdulillah semua dah ok dah.. Oklah, hari ni nak update pasal xmas hari tu.. Jom tengok video yang Nana dah buat masa 24hb tu lagi.. Huhuhu..















Hope korang suke.. Tak dapat karang pepanjang.. Oh, Tak sabar rasanya nak jumpa Abah dan Mak hujung minggu ni kat Kota Tinggi.. Family gathering sempena tahun baru dan meraikan Abah naik pangkat hari tu.. :D Nanti Nana update k.. xoxo

Tuesday, December 20, 2011

My Althea!

Hello semua!
Asslamaulaikum.. Besok 21 hb genap Althea 14 bulan.. Kejap je kan..? Alhamdulillah Althea semakin pandai, aktif dan tak susah nak jaga dia.. Besok Nana ngan Althea ade photoshoot untuk majalah Keluarga untuk Fesyen Ibu dan Anak.. Huhuhu.. Tak sabar rasanya..

Oklah, tak nak cite pepanjang, nanti gambar gambar masa photoshoot tu kalau sempat Nana upload lah ye.. Jom kite tengok video Althea.. Gelak je dak kecik ni..



p/s : Insyaallah update pasal konsert Search is next!

Monday, December 19, 2011

Happy 31st Anniversary ABAH & MAK!

Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Sihat lah hendaknya ya.. Nana baru baik dari selsema ni.. Althea pun jangkit ngan Nana, tapi kami dah ok dah.. :)

Sebenarnya ada banyak Nana nak update kat blog ni.. Konsert Search hari tu, dan ade banyak jugaklah video Althea yang dah lama peram tak upload lagi.. Tapi memandangkan hari ini hari yang istimewa untuk Abah dan Mak Nana, blog hari ni di dedikasikan kepada kedua orang tua Nana yang Nana sayangi! They are the best!

Abah Nana yang dikenali sebagai Che Mahazan bin Che Aik dilahirkan pada 5 April 1958. Nama manja Abah ngan kawan rapat dia ialah Bayan.. Abah masih lagi bertugas sebagai pegawai polis dan bari baru ini Abah telah pun diberikan mandat baru sebagai Ketua Polis di bahagian Kota Tinggi Johor.. Alhamdulillah.. Tentunya Nana sangat bangga ngan Abah! I know u will be the best ketua polis ever Abah!! :)

Emak Nana pula bernama Rosnah binti Harun dilahirkan pada 2 jun 1961 dan surirumah sepenuh masa.. Nana rasa Nana tak pernah lagi jumpa mana mana mak orang lain yang seaktif Mak Nana.. Respect! Emak memang teror main badminton, setakat Lin Dan tu tutup mata je Mak sure kalah.. Hahahaha.. Gurau ok Mak.. Lin Dan tu lain laaaa.. Tapi kalau setakat sesapa yang sebaya ke, atau muda dari Mak, selamba je kan Mak? Ewah... Mak jugak rajin la turun naik KL-Muar-Kota Tinggi.. Drive sendiri.. Kadang kadang Nana pun heran dan amaze macam mana Mak ade tenaga macam tu banyak.. Tapi Mak kena rest juga ye.. Dan kalau cakap pasal masak, tak yah la cakap... Makan sambil nangis sebab sememangnya masakan Mak memang terbaik!

Mereka berkahwin pada 19 disember 1980.. Muda lagi masing masing masa tu ye.. Dan 2 tahun kemudian dikurniakan anak pertama mereka iaitu abang Nana, Jaja.. Dan seterusnya tahun 1983, Nana pulak, 1987 Didi dan 1993 Yeye yang bungsu... Alhamdulillah walaupun kehidupan kita tak la semewah orang lain tapi kita bahagia kan Abah Mak?

Sayu ngan sebak plak bila teringat zaman zaman dulu.. Apa yang boleh Nana cakap, Abah dan Mak memang terbaik, awesome!! Bersyukur sebab dilahirkan kedunia menjadi anak kepada Abah dan Mak!

Jom kita layan gambar dedulu nak? *sambil kesat airmata

Zaman dedulu time kawin..
Memuda..

Kahwin!

Amboi.. Hehehe..

Cewahhh...

Huhuhu... Hari ni 31 tahun yg lepas..

Gituuuuu...

Bebaru kawin ni..

Hehehe.. Kurusnye abah..

Masam plak muka mak.. Hehehe..

Haaaa..

Hensem ngan gorgeous kan? :D



Suke menyanyi juge ye..

Masa Nana tadika...

Zaman di Kelantan..

Ni berjalan jalan di Melaka..

Masa birthday Abah yang ke 51 tahun.. :)


Abah ngan Mak yang rock!

Masa kawin Nana n MRB..
Ngan Mak.. :')


Family kami yg gile gile..

Raya 2009..


Family vacay!

Ni hanya aksi gurauan ye..

Raya 2010..
Raya 2010 juge..

Family vacay Feb 2011

Raya 2011

Ngan mak masa photoshoot..

Masa birthday Althea..

Itu lah serba sedikit gambar yang sempat Nana kongsi ngan korang semua.. To Abah dan Mak, just wanna let u know that I love u both so much! Thank you for being such an amazing parents to all of us.. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.. 

p/s : Next blog video Althea ye.. ;)

Wednesday, December 14, 2011

Majlis Pernikahan dan Persandingan Ira dan Shazril

Assalamualaikum semua!
Nana kawan ngan Ira lama lah jugak, dekat nak 3 tahun rasanya.. Nana first time jumpa Ira masa hari Nana kahwin, si Fara bawak Ira dan adik Fara Nadeen ke Muar untuk majlis perkahwinan Nana tu.. Kiranya Nana kenal Ira melalui Fara..

Tapi nak dijadikan cerita, Ira bertugas di XFM lepas dia tamat praktikal kat HOTFM.. Dan sekarang dia bekerja sebagai penyampai radio di ERA pula.. :) Dipendekkan cerita, Nana ngan Ira ni kira rapat lah jugak.. Dan kawin lah adik aku sorang ni.. Majlis pernikahan dibuat pada hari Sabtu 10hb Disember kat rumah keluarga Ira di Kajang.. Simple yet sweet dan romantik.. Best!

Ni Althea, Mak dan Ira masa Ira siap make-up..

Me n the bride..

Me, Kak Madis, Ira dan Angah

Touch-up dulu..

Cute dan sangat gorgeous ye pelaminnya.. 

Tengah siap sedia nak diakad nikahkan..

Shazril yang cool je..

Ira yang excited!

Althea yang bz ngan ipad dia.. Sian dia sebab orang ramai dia tak leh nak jalan jalan.. So bagi dia ipad je la..

Nape muka camtu sayang..?

Cute!

Ok, jom tengok video masa akad nikah..

Selamat sudah...

Sekali lafaz sahaja dan Ira sudah milik Shazril.. Tahniah! Kakak syg kamu!

Apa lagi!!! Gambar la..

Agak gelap.. Tak letak flash plak..



Majlis ini sangat cantik dan sweet..!
Alhamdulillah tamat sudah majlis pernikahan.. Makanan ya ampun sedap sangat.. Yang paling tak leh lupa kuih bingka ubi.. Sampai balik rumah Nana teringat ingat.. Overall, majlis ini sempurna!

Ok, Keesokkan harinya pula adalah majlis persandingan yang telah diadakan di Wisma LJT di Taman Melawati.. Tapi sebelum tu, tengok video ni.. :D


Haaaaa.. Boleh tahan kan Althea..? Dia nak jugak naik pelamin tu.. Gambar gambar kat bawah sebagai buktinya.. :)





Band yang menghiburkan para tetamu pun sgt best.. Soothing je.. Sejuk telinga dengar.. 

Sesi menepung tawar.. Merenjis ye..


Adifashla dan Fara sebagai pengacara majlis.. Memang best n funny!

Me n me lil angel!

Dengan pengantin!

Lagi..

Fara ngan pengantin..

Ngan Mimi Azeera dan Lynn..
Itulah serba sedikit mengenai majis perkahwinan Ira yang sempat Nana coretkan.. Oh ya.. Masa majlis sanding tu dorang ade buat video pasal both of them la.. Nana nangis bercucuran airmata lah tengok.. Sangat sweet dan indah dan best... Nana sangat suke video itu.. 

To Ira and Shazril, semoga berbahagia selalu, ingat dalam setiap perhubungan, komunikasi itu penting.. Tolak ansur dan hormat antara satu sama lain.. Kakak loves u..

p/s : Cepat bagi idea nak soh update pasal ape.. Nanti tak tau nak tulis ape.. hehehehe.. Thank u in advance! xoxo