Monday, October 31, 2011

Things that Althea likes!

Hello all!!
Fuuhhh.. Nervous betul sebab besok (1hb Nov) Nana ade casting/audition.. Untuk apa? Haaa.. Kalau dapat baru Nana bgtau ek, buat masa sekarang Nana simpan dulu, cuma harap korang dapat doakan Nana supaya dapat lah ye.. :) Insyaallah Nana akan buat yang terbaik!! Besok lepas class Althea Nana pegi untuk audition tu.. :)

Okla, kali ni Nana nak share barang barang yang Althea suke.. Or barang barang yang ada dalam playpen Althea.. Jom!!!



Ini la rupa playpen Althea bila terkemas cantik.. :D Tu Althea tengah tido.. Biasa dia nap petang2 kat dlm playpen dia je.. :)
Ramai pulak yang tanye pasal playpen ni.. Playpen ni Nana beli second hand kat kawan Nana.. Sebab dia dah tak pakai.. Dia kata dia beli kat The Curve dalam RM899.. Kat memana kedai baby should have kot.. Good luck kalau tgh cari ye.. :)


p/s : Dalam minggu ni insyaallah akan diadakan #contestblogNana.. Tak sabar!

Tahun ni 2 kali..

Assalamualaikum semua! Selamat hari Isnin.. Sebenarnya tadi dah karang leh tahan panjang gak la.. tetiba Althea nak duduk depan laptop ni, I tak pe lah kan? Pastu dia tekan ape ntah semua hilang.. Tarik napas... Sabar...

So, tanpa membunag masa, layan gambar je lah ye.. Ni gambar masa ke open house uncle MRB sempena deepavali dan birthday anak dia pada 28hb Oktober.. :) Hari tu masa deepavali hari tu pegi rumah uncle Ganesh, kali ni ke rumah uncle Thina pula..



Ni masa otw.. Tu Althea tengah nyanyi tu.. Dia suke menyanyi skang.. :P


Nana, Althea bersama uncle Thina, anak dia Ashwani dan isteri dia.. Baju kuning tu BIL ku!

Ngan MRB pula..


Haaa.. Malam tu Althea over friendly pulak.. Kasturi kalau tak salah Nana nama yang pegang Althea tu.. Ampun...

Althea suka tengok ikan.. :)

Tetap nak posing kan? :P Ade banyak lilin2.. Lawa.. Tapi baju tu lagi lawa kan? :D


MRB n lil Althea
Ok, tu je lah.. Huhuhu.. Althea dia moody skit hari ni.. Ahakss.. Till then..


p/s : Nantikan FARANANA CRAZY YEAR END SALE ok? All items 70% off!! Yeay!!

Sunday, October 30, 2011

Penjelasan sejelas-jelasnya...

Ampun... Dengarkan penjelasan mengenai isu semalam ye.. :P



p/s : 1hb November ni Nana ade casting/audition... Doakan Nana ye.. :D Thanks guys..

Saturday, October 29, 2011

Things that I like!

Selamat berhari SABTU! Enjoy...


Kalau tak sempat salin tadi, ni dia link untuk scrap book dan wedding album tu ye..


Untuk wedding photo/album leh contact Rudy kat : 


Dan untuk scrap book pulak contact kak Nadhrah kat :

p/s : Nanti Nana update pasal open house yang Nana gi smlm k.. :)

Friday, October 28, 2011

Bila Althea MAMUN! :P

Hello all!
Assalamualaikum semua! Firstly Nana nak ucapkan jutaan terima kasih yang follow blog Nana ni.. Tak le best sangat compare ngan blog blog yang lain ye.. Pape pun, mekasih! Ade yang check blog Nana pagi tadi tapi xde entry baru eh? Ampun.... Jap lagi Nana explain ye..

Secondly Nana ade good news untuk korang yang nak join #contestblogNana.. Insyaallah 4hb November nanti Nana update ape yang boleh korang menang! Tak sabar pulak rasanya.. :)

Oklah, jom layan video nih!



p/s : Kalau Nana nak buat tv show, program macam mana yang korang rasa ok..? :)

Thursday, October 27, 2011

Sinar Harian - Gosip Rumah Tangga

Assalamualaikum semua! Ok, hari ni Nana nak kongsi artikel pasal Nana yang keluar kat Sinar Harian. Kan Nana ade update hari tu yang photoshoot 3 Generasi tu kan? Haa.. Kuar hari ni.. Jom lah baca.. Yang nak tengok gambar kenalah beli Sinar Harian ek sbb kat website tak de gambar tu.. Huhuhu..




Gosip rumah tangga

Tidak sukar mengatur temu janji bersama selebriti ini. Biarpun tumpuannya kini lebih kepada alam rumah tangga, namun Nurul Hana Mahazan,28 atau lebih dikenali sebagai Nana Hot FM ini masih mempunyai kelapangan untuk hadir di sesi fotografi bersama ZASS.

Ketika itu, jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya. Sekali gus menunjukkan Nana sememangnya sedang bahagia menikmati perkahwinan bersama suami tercinta, Muhammad Raqeem Brian,37.

Bagaimanapun, setelah seminggu sesi fotografi itu, timbul khabar angin yang mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak. Bagi mendapat kepastian, ZASS, menghubungi Nana untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Nana, yang baru sahaja meraikan ulang tahun pertama kelahiran anaknya, Althea, nyata terkejut mendengar mengenai perkara itu.

“Saya ada dengar isu ni. Pada saya ia agak melampau. Demi Allah cerita itu fitnah semata-mata. Tidak pernah terdetik sekalipun di hati kami hendak bercerai. Lagipun macam mana nak bercerai, kami ni bergaduh pun susah.

"Apa yang saya tahu, kononnya ada seorang kaunselor mengaku ada mempunyai senarai artis bercerai dan saya salah seorang dalam senarai itu. Saya tak faham, apa tujuannya buat macam tu. Namun yang pasti berita itu membuatkan keluarga saya benar-benar terkejut, sebab kami memang tak ada masalah," katanya yang mengakui bahagia bersama suaminya sehingga ke hari ini.

Nana berkata, dia bersyukur kerana memiliki suami sangat memahami seperti Brian. Walaupun usia perkenalan mereka tidak mengambil masa lama, namun keikhlasan Brian membuka hatinya untuk menerima jejaka itu sebagai suaminya.

“Alhamdulillah, hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Kami sebenarnya pasangan yang sempoi dan gila-gila. Jadi, bila dia kata nak kahwin, saya pun tanya serius ke? Kemudian saya fikir masa tu sudah sampai masa dia mendirikan rumah tangga memandangkan usianya jauh lebih tua daripada saya.

“Setelah berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Brian dan keputusan saya memang tidak silap kerana saya bertuah mempunyai suami yang baik sepertinya. Dia juga seorang penyayang dan selalu memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga terutamanya anak kam,” katanya sambil tersenyum.

Tidak suka bergaduh


Peribahasa, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri', mungkin tidak sesuai ditujukan buat bekas penyampai Era Fm ini. Menurut Nana, dia dan suaminya bukanlah pasangan yang mudah bergaduh. Bahkan untuk bertikam lidah sekali pun.

Jelas Nana, mereka saling menjaga hati dan sering berkomunikasi. “Kami memang tak pernah bergaduh. Kalau ada apa-apa yang tak kena kami akan berbincang. Biasanya, dia terima apa yang saya katakan dan saya juga begitu.

"Memang senang bersama Brian dan saya juga tidak mahu menyakitinya,” katanya.

Menurut Nana, Brian juga bukanlah suami yang cerewet dan senang mengurusnya.

"Kalau bab makan, memang senang. Sebab dia tak makan nasi macam kita. Dia banyak makan sayur dan buah. Kalau nak masak pun, saya hanya sediakan makanan ala barat seperti spageti dan roti sandwic.

“Secara tak langsung, saya pun ikut cara dia, ”katanya yang masih kekal menawan.

Berkorban demi anak

Dikurniakan anak pertama, Althea, yang kini berusia setahun, Nana akui kehadiran Althea melengkapkan perkahwinan yang dibina.

Berkongsi pengalaman bergelar ibu, Nana berkata, melihat puterinya membesar adalah momen indah buatnya. Malah demi puteri tercinta itu juga, Nana, sanggup membatasi karier seninya.

“Sebelum ini saya bekerja sepenuh masa di Hot FM, tetapi sekarang saya hanya buat kerja separuh masa. Itu pun sekadar mengisi masa di hujung minggu selagi pihak Hot FM memerlukan perkhidmatan saya.

“Keputusan itu tidak pernah di bantah Brian, malah dia sering �menyokong apa saja keputusan saya," katanya,

Jelas Nana, bukannya dia sudah hilang minat terhadap dunia seni, tetapi itulah pengorbanannya untuk anak dan rumah tangganya.

"Saya buat semua ni kerana Althea. Dia masih kecil dan perlukan perhatian. Biarlah dia besar dulu, barulah saya kembali aktif.

"Tapi buat masa ni, saya masih menerima tawaran mengacara," katanya.

Ditemani ibunya, Rosnah Harun,50, ketika sesi fotografi ini berlangsung, menjadi kesempatan untuk ZASS mengenali keperibadian Nana daripada keluarganya sendiri. Menurut ibunya, Nana merupakan anak yang sangat baik.

“Walaupun ada kalanya dia agak keras kepala, tetapi dia sangat baik. Saya bersyukur kerana dia tidak pernah memberikan masalah kepada keluarga. Bahkan sepanjang bergelar selebriti.

“Pada mulanya kami bimbang dia masuk ke bidang ini, tetapi selagi tidak menjejaskan maruah keluarga, kami akan menerimanya,” katanya yang turut gembira dengan kebahagiaan Nana sekarang.







p/s : #contestblogNana kali ni ade hadiah best!!! Eeee.. Tak sabar rasanya.. Tunggu k.. Nana akan bagitahu bila Nana akan buat contest ni.. In the mean time, selalu selalu la baca blog Nana.. Muuaahh!

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali


p/s : ContestblogNana akan diadakan tak lama lagi....tungguuuuuuuuuu :) 

Tuesday, October 25, 2011

Konsert Fenomena SEARCH 30 Tahun!

Hello!!!!
Nana nak share ngan korang semua konsert Search akan diadakan tak lama lagi!! Wooohhoooo!! 30 tahun dah dorang ni.. Memang legend! Ade 3 lokasi yang akan digegarkan.. pada 19hb November ni kat Pulau Pinang, 3hb Disember kat JB dan 17hb Disember kat KL.. Tiket tak mahal pun jadi bukan alasan tak nak support artis tempatan nak nak lagi SEARCH yang memang otai legend!



p/s : Harap sama sama tolong promote dan support k! Juga selamat bercuti besok! Besok nantikan video dari kami 3 beranak! Yeay! :)

Althea's 1st Birthday Party

Assalamualaikum.. Hello all!
Dah bersedia nak tengok gambar birthday party Althea? As I wrote earlier in my last entry, party ni kecil kecilan sahaja.. :)

Party Althea ni bermula jam 3 petang hingga 7 petang.. Walaupun tetamu ade yang datang lambat macam Linda Onn.. Hahahahaha.. She's the last to come.. Tak pe la.. Dari tak datang kan? Hehehehe..

Tema untuk birthday party Althea ni STRIPES atau belang2.. Walaupun ade gak yang datang tak mengikut tema.. Ahakss.. Makanan untuk hari tu addalah buffalo chicken wings, sate, mini burgersspaghetti bolognese, bihun with chicken curry dan minuman ribena dan ade la 2-3 jenis lagi minuman..

Memandangkan korang sure nak tengok gambar kan? Moh!! Ade lebih kurang 50 gambar! Hamik kauu!! Hehehehe..  Gambar gambar mengikut susunan kali ni.. First batch ni gambar dari photographer iaitu Jin Hitz.fm announcer.. Dia lah jugak yang amik gambar profile Nana dulu.. Bagus gak dia ni.. Jom tengok!






Dengan Aunty Fa, yang bergeas lepas tu ke Hard Rock untuk birthday party anak buah dia plak.. Tu yang tak mengikut tema tu.. Hehehehe..


Cupcakes untuk Althea.. Kak Wiz, thank u!! Sedapppp!!








Ngan MIL dah nak balik dah masa ni.. :)

Proses peniduran.. :D

Dah bangun, sambung main! Yang ni anak Adly (x-boss Nana kat XFM) Hawa nama dia.. Suke Althea berkawan! Cute la dorang ni..




 
Ni ngan BIL Nana, Alex..

Yang ni Adam, anak abang Shafri..


Ni lah Jin si photographer itu.. :)



Berbisik ape plak ni..? :P




Ok, second batch adalah gambar dari camera Nana.. :) Tu yang tak berapa cantik.. Hehehe..




Althea, Nana, Mak & Mummy

Mak, Abah, Mummy

Sesi penerangan pasal belon! :P

MRB, Althea dan Abah

Ni masa sesi bukak hadiah.. Dah malam dah..

Aunty Fa datang balik lepas habis event kat HR tu..

Masa untuk mengemas kertas balut hadiah tu.. Althea masih lagi ngan belon dia..

Ni lepas mandi.. Terus main hadiah yang dia dapat.. Ni Ean yang bagi.. Suke betul dia..


Ok, gambar third batch ni adalah gambar para tetamu.. Tak ade semua gambar tetamu.. Sape yang sempat Jin amik je lah ye..? :)


Angah, Kak Madis, Acap, Kak Aida & Kay

Ni Ean's mum, aunty Rosie :)

MRB nye kawan Faizul & GF

Haniff, Ira & Adi

Haniff and wifey Kath..

Kak Nila, Amoi (Ardeana) & Myra anak Kak Nila..

Natalie Hitz.fm nye announcer.. Suke tau masuk dalam tempat bola bola Althea..

Ean! or Althea panggil Atoo..

Ni lah abang Shafri.. 

Ira, Hawa dan Adly..

Ni lah gambar terakhir hari tu sebelum semua balik! :) Yang tinggal sikit je.. Huhuhu..
Ok, forth batch nye gambar adalah gambar semalam (sehari selepas birthday party Althea tu..)

Ni exercise tau.. :P

Althea ngan beg hadiah dari Linda O..

Belon Althea yang dua tu je yang masih terapung, yang lain dah rebah ke bumi.. Hahahaha..
Oklah, itulah sahaja serba sedikit apa yang sempat Nana share ngan korang ye.. :) Sape yang datang, terima kasih, yang Nana tak sempat jemput, ampun maaf ye.. Mungkin next time.. Terima kasih sudi membaca dan melihat blog dakuuuuu.. My little baby girl is 1 year old! Mummy and daddy love you so much!


p/s : Sila bagi cadangan dan boleh la request pape yang korang nak Nana update ye.. :) xoxo