Friday, August 26, 2011

Bila Althea Berdiri dan............... JALAN!

Hello!! Memula Nana nak ucapkan terima kasih bebanyak untuk semua yang bagi komen kat blog Nana ni, ade yang suke, TERIMA KASIH! Ada yang tak suke ngan font yang Nana guna :( Nana tengok banyak kali jugak, senang je nak baca.. Nanti Nana cari tulisan lain ek, tapi Nana betul betul suka ngan font tu.. :/

Ok, hari ni Nana nak cite pasal Althea.. Sume pun suka Althea kan? :D 21hb hari tu genap Althea 10 bulan :) 24hb hari tu first time Althea jalan lebih dari 5 tapak!! Happy betul Nana!! Harap harap hari raya nanti dia dah boleh jalan.. Hehehe..

Ade 2 video, satu 24hb dan satu lagi 25hb.. Nak tengok? Promise baca blog Nana hari hari? ;)

Tadddaaaaa....


24hb.. :) Kira bape step..


p/s : Nantikan entry pasal Raya pulak k? :)

Dakap ketat ketat!!

Haaaa.. Nervous tak tengok tajuk blog Nana ni..? Iskk.... Hari ni nak cite pasal DAKAP! Pendakap gigi! Hehehe... Braces kata omputih!

Ramai juga sebenarnya yang tanye Nana pasal braces ni.. Tipu la kalau Nana kata tak sakit, tapi tak de la sakit mana pun.. Nana rasa keputusan pakai braces ni antara keputusan yang paling baik pernah Nana buat..

Untuk pengetahuan semua, braces skang ni dah jadi trend pulak kan? Gigi cantik pun pakai sebab nak merasa ade besi kt gigi.. Huhuhu.. Masa Nana pakai tu, gigi Nana memang teruk la.. Sure korang perasan masa kat AF dulu kan?

Kawan Nana, Kay pakai braces dulu, so Nana tengok macam nak cuba la membetulkan gigi Nana ni.. Nana pun gi lah buat kat David Orthodontics kat Damansara Perdana. Kat situ memang mahal skit dari klinik klinik gigi lain sebab dia specialist. Dr Subra tu memang hanya buat braces je.. Tapi kat klinik dia ade jugak cabut, tampal etc, tapi doktor lain la yang buat..

Zaman Nana pakai braces tu (tahun 2006) yang Nana tahu ade 4 jenis braces, METAL (macam yang ramai orang pakai skang), CERAMIC (kaler macam kaler gigi), ICE (kaler macam ais, jernih). dan braces yang pakai kat dalam mulut. Meh Nana tunjuk gambar plak..


Yang ni yang macam ramai pakai.. METAL bracket.. Murah kalau dibandingkan ngan yang lain.. Kalau kat klinik yang Nana pegi, dalam RM4500-RM5500 untuk atas bawah..

Haaa.. Tu la rupa bracket tu.. Yang tu metal nye.. Lain lain jenis untuk gigi yang lain.. Gigi depan bentuk lain, geraham bentuk lain, etc..
Yang ni plak CERAMIC bracket. Kaler macam kaler gigi kita.. Tapi dawai yang digunakan masih metal, ade jugak dawai ceramic tapi biasanya doktor pakaikan yang metal jugak.. Yang ceramic ni susah skit nak jaga sebab kalau kita makan kari ke, minum kopi ke, memang akan lekat la kaler dia, tp bila gosok gigi, hilang la.. Harga dalam RM5500-RM6500 untuk atas bawah..
Yang ni nak tunjuk perbezaan antara METAL bracket ngan ICE bracket. Ice ni lagi lawa skit sebab kaler jernih, macam air batu tu.. Beza ngan ceramic dia tak lekat kotor/warna sangat, tapi getah yang pegang dawai ngan bracket tu senang gak lekat warna macam kari atau kopi tu.. Ice ni lagi mahal.. RM6500-RM8500..
Yang ni plak, bracket yang pasang kat bahagian dalam gigi.. Yang ni memang mahal.. Masa tahun 2006 tu harga dia dalam RM15,000++, kalau skang tak tau la berapa.


Yang getah kat tepi tu kalau korang perasan, doktor akan letak bila masa yang sesuai.. Masa nak bagi kedudukan gigi bawah ngan atas selari.. Yang tu termasuk dengan harga pakej..

 Untuk harga harga yang Nana bgtau tu harga pada masa Nana buat braces iaitu tahun 2006, skang Nana tak sure.. Kalau kat klink biasa, RM3500 pun ada.. Proses pakai braces ni terpulang pada kedudukan gigi kita, kalau teruk dalam 4-5 tahun pun ade, ade yang pakai sekejap je macam 1-2 tahun.. Macam Nana hari tu, dalam 2 tahun lebih je.. Gigi atas Nana pakai Ice dan gigi bawah Nana amik Metal biasa. Sebab gigi atas yang selalu nampak kan? Kalau pakai Ice tu kurang nampak sgt la kalau photoshoot atau kat TV.. Gigi bawah pakai Metal je sebab tak nampak sangat. So total Nana buat dalam RM7500 kalau tak salah..

Tak le kena bayar sedebuk.. Kat tempat Nana buat, bayar pendahuluan RM1500 masa nak pasang dan RM200 untuk setiap bulan masa check up. Ok lah kan? Tapi tu tak termasuk untuk x-ray memula tu sebelum pasang dalam RM200.. Sekali lagi, tu harga masa Nana buat la.. Skang Nana tak tahu.. Mungkin naik, mungkin turun..

Ok, tu je lah untuk setakat ini.. Kalau rasa nak buat kat tempat Nana tu, ni no tepon nye : 03-77109788. Adik Nana, Didi pun Nana buatkan dia kat situ jugak, tapi sume metal atas bawah, RM5000.

Last but not least, gambar Nana dengan braces.. Enjoy.. Jangan kutuk k :P

Ni masanak buat retainer.. Biasanya lepas bukak braces kena pakai retainer untuk bagi gigi tak beralih.. Pakai 6 jam sehari masa tido.. :) Tapi Nana pakai fixed retainer juga, so retainer tu memang Nana malas nak pakai sebab selalu pun lupa.. Hehehe..

Ni nak amik acuannya.. :) Nana bukak braces Januari 2008.

Ni gambar pertama Nana dan MRB berdua tau.. Caya tak? Braces la sebab pemula bicara.. Pastu bercinta! Ahaks..
Nampak tak Ice bracket Nana?

Harap sedikit sebanyak entry Nana ni dapat lah membantu korang buat keputusan k.. :) Till then..

p/s : Kalau ade persoalan, cadangan, maklum balas, sila la tinggalkan komen ye.. Mekasih..