Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Majlis cukur jambul Althea telah pun diadakan di Muar pada 18hb Disember hari tu.. Sebab buat kat Muar sebab nak buat doa selamat sekali untuk anniversary mak dan abah yang ke 30 tahun.. Alhamdulillah...
Majlis yang serba ringkas dan jayanya diatur oleh mak dan abah.. Buat aqiqah juga seekor kambing untuk Althea. Tema majlis adalah pink dan hitam.. Majlis dihadiri oleh jiran jiran, orang surau, sedara mara dan close friends sahaja..
Majlis diadakan sebelah malam selepas solat isyak.. Alhamdulillah Althea tak menangis sepanjang dipotong rambut dia.. :)
Jom la kite tengok gambar yang sempat diambil pada malam tu k.. Jomsss...
Sepatutnya pink dan hitam, tapi orang khemah tu kata, tak pernah plak orang nak buat warna hitam.. Hehehe.. Tu yang ade putih je.. Huhuhu..
Ni gambar sebelum majlis bermula.. Althea pakai sleepsuit je.. ;)
Ni datuk Nana yang potong..
Ni plak kawan baik abah, uncle Kenit Nana panggil.. Datang dari Kluang tu.. Abah mengintai dari belakang..
Ni atok Nana..
Itulah lebih kurang gambar yang sempat diambil dan clear.. Terima kasih yang tak terhingga Nana nak ucapkan kat mak dan abah yang telah bersusah payah mengaturkan majlis ni.. Tahniah jugak kat mak abah yang dah pun bersama menempuhi susah senang bersama selama 30 tahun.. Dah ade cucu pun.. Hehehe.. Terima kasih jugak kat semua yang membantu.. Kepada mummy Dee yang datang all the way from KL (ngan Angah dan kak Madis).. Dan turut sumbangkan (gigih buat sendiri ok..!!) tasbih yang memang cantik sangat.. Kepada cousin Nana, Fifi dan Anne yang tolong buat bunga telor, bunga rampai, semua lah yang korang buat kat rumah tu.. Thanks girls.. Ucu dan atok yang datang membantu memasukkan pulut kuning dalam bekas dan macam macam lagi.. Semua lah yang membantu!! Nana, MRB dan Althea sgt hargainya..
Cite lain plak... Besok malam ade dinner bersama dengan MIL.. Sebab MIL sambut xmas so, kitaorang sefamili datang memeriahkan.. Nanti Nana update pasal xmas dinner tu k..
Haaaa... Kawan kawan, jangan lupa 25hb Disember ni, pukul 12 tengahari, akhirnya www.faranana.com akan dilancarkan.. Jangan lupa untuk jenguk untuk yang dah daftar jadi ahli sebab selama 72 jam khas untuk ahli FaraNana sahaja untuk buat tempahan.. Kalau dah register, nantikan password akan kitaorang hantar untuk korang login on that day.. Have fun shopping.. Untuk pengetahuan korang jugak, untuk koleksi pertama kitaorang, baju baju adalah baju casual, baju yang jenis dipakai hari hari.. Simple.. Next collection lebih meriah lagi ok.. Korang jugak boleh hantarkan cadangan tentang fesyen macam mana yang korang nak FaraNana buat k.. Pape pun, happy shopping nanti!!!
And yes! 27hb Disember ni Nana dah start keje.. Pukul 6-10 pagi kat XFM (103.0fm).. Dah lupa dah nak bercakap macam mana.. Maklumlah dah lama cuti.. Hehehe..
Till then, take care guys.. Much love!
Important :
- Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; Nana Mahazan.
- Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Nana Mahazan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
- Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Nana Mahazan.