Assalamualaikum semua.. Ampun maaf dipinta sebab lama membiarkan blog ni terbengkalai.. Hehehe.. Iyela.. Manakan nak susukan anak, tidokan, mandi kan.. Huhuhu.. Benda baru yang Nana kena biasakan.. I'm not complaining!! I'm enjoying it actually! Love it!
Untuk yang tak tahu, Nana selamat melahirkan Althea pada 21hb Oktober 2010 pada pukul 11.21 pagi di Sunway Medical Centre. Patutnya due date Nana pada 1 November, tapi malam 20hb tu dalam pukul 10.30 malam, waterbag Nana pecah.. Terus la Nana ke hospital malam tu jugak..
Masa dah admit kat labour room tu, Nana tak rasa sakit pun sampai la pukul 2.30 pagi.. Ya Allah.. Sakitnye, Tuhan saja yang tahu.. Memula contraction dalam 30-40 minit sekali.. Tu Nana boleh tahan lagi.. Dalam pukul 6 pagi macam tu contraction dia lagi kuat dan jarak setiap contraction tu selang 2-3 minit je.. Nana memula memang nak drug free delivery.. Tapi Nana tak dapat tahan.. :'( Sedih jugak la.. Dalam pukul 6 pagi tu, cervix dilation baru 4cm.. Midwife tu kata, lebih kurang sejam baru dilate 1cm.. Lebih kurang lagi 6cm.. Aiyyyooo..
Sempat lagi senyum walaupun menahan sakit.. :)
MRB pun cakap kalau dah tak tahan, jangan la paksa.. Pain killer ngan gas pun tak membantu, jadi Nana pun dengan berat hatinya mintak epidural... Yup! Alhamdulillah.. Dalam pukul 8.45 pagi, Nana dapat epidural tu..
Graf contraction.. Sakit wooooo....
Dapat la Nana rest sekejap utk lelap mata sebab sepanjang malam tak tido menahan sakit.. Dalam pukul 10.30 pagi nurse dan midwife kata Nana dah dilate 10 cm.. Anytime dah boleh push bila ade contraction.. Walaupun Nana ambik epidural, Nana tetap boleh rasa sikit contraction tu.. Supaya senang untuk Nana tau bila nak push.. Pendekkan cerita, pukul 11.21 pagi, Althea selamat dilahirkan ke dunia ni dan MRB sendiri yang potong tali pusat Althea.. Berat Althea masa lahir ialah 2.71kg.. Sebak, sayu, happy, memacam la rasa masa tu dan tak segan Nana cakap, Nana nangis dan MRB pun.. Tak tau macam mana nak gambarkan perasaan masa tu.. Ya Allah Ya Tuhanku... Engkau Maha Besar.. Aku bersyukur...
Kitaorang duduk kat wad sampai 23hb.. Oklah, penat gak la baca blog Nana ni kan..? Kita layan gambar lah ek.. Enjoy.. :) Untuk yang tertanya tanya nama penuh Althea adalah..... ALTHEA. Tu je... :) Huhuhu.. Short n sweet.. ;) Dalam surat beranak, Althea Raqeem Brian.
Ni Althea masa baru je dorang alihkan dari atas perut Nana.. Bersih bersihkan dia..
Nana yang penat menge-push.. Hilang semua bila tengok Althea..
Ni bila dah transfer ke bilik wad..
Ngan MRB ngan baby Althea
Althea's first ride home.. :)
Yang ni masa Althea first check up ngan pediatrician masa hari Isnin 25hb.. Ade sikit jaundice, tapi mild je.. Nothin to worry about... ;) Alhamdulillah..
Ucu ngan Pakucu Nana datang masa check up tu..
Althea
Althea ngan mak..
Macam muka sape..?
:D
Important :
- Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; Nana Mahazan.
- Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Nana Mahazan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
- Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Nana Mahazan.