Thursday, November 24, 2011

Friday, November 18, 2011

Maaf...

Assalamualaikum semua!
amopun sebab lama plak tak update.. Bila start bz tu terus bz.. Ni pun Nana cepat buat sambil menunggu teksi ke airport nak ke Penang untuk Konsert Search kat sana besok... Tak dapat taip bebanyak.. Layan je video ni k..





video

Monday, November 14, 2011

Sorry lambat!

Jemput nonton!

video


p/s : I love you.. *tetiba feeling feeling mcm movie tu.. :P

Saturday, November 12, 2011

PEMENANG #CONTESTBLOGNANA

Assalamualaikum semua!
Akhirnya dah dapat dah pemenang pemenang untuk #contestblogNana.. Berdebar tak? Hehehehhe.. Seronok tengok ramai yang hantar penyertaan.. Dalam banyak banyak penyertaan yang Nana terima, hanya 26 sahaja dengan jawapan yang betul..

Nana telah pun membentangkan (cewah ayat...:P) kesemua gambar gambar yang telah di short-listedkan untuk MRB sama sama pilih pemenang untuk #contestblogNana kali ni..

Firstly Nana nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang meluangkan masa untuk jawab semua soalan dan cari gambar bagai.. Terima kasih tau! Nana hargai sangat walaupun hadiah dari Nana tu tak lah seberapa kan? Susah sebenarnya Nana nak pilih pemenang sebab byk jugak gambar yg best best.. Apa pun ni yang terbaik Nana dan MRB rasa.. Yang kreatif, buat kami senyum..

Oklah, kalau korang dah bersedia, di bawah ni adalah nama pemenang pertama, kedua dan ketiga..



Ketiga : BIEYAH AHMAD 
Gambar dia adalah :


MRB suka cara gambar ni diambil.. Kreatif.. Bahagia.. Cantik.. Tahniah!! Bieyah berjaya menang sepasang tiket Konsert Fenomena Search! Lokasi yang mana kena tunggu Juara pilih dulu ye..


Kedua : MOHD RAFIQ FARHIN BIN MOHD BORHAM
Gambar Rafiq bagi yang ni :



Gambar ni buat Nana gelak.. Memang macam duduk atas angin!! Hahahha.. Bila teliti, ni duduk atas pili bomba eh? Simple tapi kreatif! Tahniah! Rafiq awak memang sepasang tiket ke Konsert Fenomena Search! Lokasi yang mana juga kena tunggu Juara pilih dulu ye..

JUARA : KHAIRUNNISA BT ISMAIL
Ni gambar yang dia bagi..
Nape Nana pilih gambar ni? Sebab cara dia edit gambar ni cantik.. Dua kawan ni pun cute je.. Gembira.. Selipar sebelah lain, nampak mcm happy je.. Nana suke!! Tahniah!! Khairunnisa, awak berjaya memenangi hadiah personal dari Nana dan sepasang tiket ke konsert Fenomena Search di lokasi pilihan awak ye.. :)

Oklah, itu la para pemenang untuk #contestblogNana.. Insyaallah ade lagi #contestblogNana di masa akan datang ye.. :) Terima kasih sekali lagi semuanya.. Sayang korang!


p/s : Next blog hari Isnin ye kalau sempat!

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Nana cipta sejarah!

Hello!! Haa.. Hari ni Nana cipta sejarah! Sejarah apa..? Hahahaha.. Jom tgk ni..

video

p/s : Minggu depan Nana quite busy.. Hmmmm... Tak pe.. busy itu bagus!

Thursday, November 10, 2011

#CONTESTBLOGNANA

Assalamualaikum semua!!
Tak sabar ye nak sertai #contestblogNana..? Huhuhu.. Maaf ye sebab buat korang ternanti-nanti.. Ok, untuk #contestblogNana kali ni, cara dia senang je..

Ok, let's do this!! (Jawab semua soalan dalam semua segmen ye)

SEGMEN PERTAMA : Jawab soalan

1. Berapa orang anakkah yang MRB nak?

2. Stesen RADIO mana yang Nana bekerja sekarang?

3. Ada berapa JENIS baju dan seluar yang Faranana ada?

4. Apakah TEMA party harijadi Althea hari tu?

5. Berapakah jumlah kasut tinggi (high heels) yang Nana ada sekarang?


SEGMEN KEDUA : Berkenaan Konsert Fenomena Search (sebab nak bg tiket Search kan..?)

1. Ada berapa lokasi untuk Konsert Fenomena Search 2011?

2. Namakan ahli kumpulan Search yang menjayakan Konsert Fenomena ini.

3. Apakah yang akan diterima oleh setiap pembeli tiket Konsert Fenomena Search nanti?

SEGMEN KETIGA : Kreatif

Hantarkan gambar korang yang PALING KREATIF (tak kisah la cara posing ke, latar belakang nye ke, etc..) Yang penting ada gambar korang!! Sebab nak jugak kenal ngan korang pembaca blog Nana.. ;) Korang sporting kan?




TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Ok, semua penyertaan hendaklah di emailkan ke nana.mahazan@gmail.com sebelum atau pada hari Jumaat 11/11/11 jam 11 pagi dan pemenang akan diberitahu melalui blog ini juga! Sila sertakan sekali Nama, Alamat dan No Telefon ok? Seorang satu penyertaan je k.. :) Jangan tamak.. Hehehehe..

HADIAH adalah seperti yang telah Nana beritahu di vlog Nana hari tu.. Kali ini untuk #contestblogNana Nana akan pilih 3 pemenang..

Juara : Akan memenangi personal hadiah dari Nana iaitu sling bag (nak tengok mcm mana bentuknya, tgk balik vlog Nana bertajuk Kimora Sgt Peramah ye?) dan sepasang tiket ke Konsert Fenomena Search pilihan dia.

Kedua / Ketiga : Akan memenangi sepasang tiket ke Konsert Fenomena Search setiap seorang.

Oklah, itulah sahaja! GOOD LUCK guys! Sebelum Nana terlupa, Nana nak bgtau yang Nana sayang semua yang sokong dan support Nana dari dulu sampai sekarang.. Terima kasih!


p/s : Nana excited niiiii...  =)

Wednesday, November 09, 2011

Rambut baru ku! Botak?! Pendek?!

Assalamualaikum semua..

Hari ni Nana telah pun melakukan perubahan pada rambut Nana.. Memandangkan mak ade kat umah sebab mak dtg semalam (Nana ade shoot) so, Nana amik peluang ni nak gi salon.. Lama sgt dah tak pegi dan Nana pun dah bosan ngan rambut yg sama je ni.. Jom nengok vlog ni.. Penat nak taip.. :P


video



Sebelum buat pape, trim dulu..

Gulung gulung laaa...

Selepas  sejam kot..

Ala ala penyanyi Hong Kong gitu.. :P Yang ni Kenny tu wat kembang..

Bahagian belakang..

Oklah, tu lah saje buat hari ini.. #contestblogNana bila? Standby BESOK ok? Muuuuaahh!!

p/s : Sejak kuar AF sampai sekarang, Kenny tulah yang wat rambut Nana.. :)

Tuesday, November 08, 2011

AidilAdha 2011

Assalamualaikum semua!! Penatnye.. Nana sampai rumah malam semalam dalam kul 12.30.. Bertolak dari Muar pukul 10 malam... Trafik ok, cuma kat Pedas ke Seremban tu agak perlahan sikit.. Apa pun alhamdulillah selamat sampai.. Althea tido sepanjang perjalanan.. :)

Untuk Aidiladha kali ni, MRB tak ikut balik sebab dia ke Penang.. Ride bersama kawan kawan dia.. Tak pelah sebab balik pun sehari je pun kan..? Ni kang sampai la dia.. Rindu weeeiiiii!!

Nana balik Muar pagi raya tu bertolak dalam kul 7.30 pagi.. Abang Nana, Jaja balik sekali ngan Nana, so dia yang drive.. Mekasih Ja! Raya Aidiladha menu sama macam Aidilfitri.. Tapi sebab cuti tak panjang kot, so sedara mara tak de ramai yang balik.. Yang penting Nana dan Althea had so much fun! Sampai umah mak pagi raya dalam kul 9 pagi.. Abah ada kat Batu Pahat sebab sembahyang raya kat sana ngan anggota polis kat sana.. Dalam pukul 11 kot abah sampai Muar.. Pastu sesi amik gambar laaaa...

Oh, kali ni Nana buat rambut belah tengah! Hahahahaa.. Sebab masa sesiap pagi sebelum bertolak balik ke muar tu, lepas mandi Nana tak pakai hair dryer sebab takut bising plak sebab Althea tgh tido, so Nana pakai iron tu.. Dah la rambut lurus je.. Hahaha.. Jom la tengok gambar..


Ngan my baby angel!

Althea ngan Ucu..

Haa kau.. Nak main air.. Siap nak buang Pororo.. Hehehe..

Mak, Althea, Nana & Ucu

Althea ngan Atok

Comel je gambar ni..

Memanja plak.. :)

Lepas dah amik gambar kat umah, terus bergerak ke rumah atok kat Sungai Mati.. :) Luas plak rumah atok tu, Althea seronok la berjalan jalan...

Main kejar kejar..

Althea yang excited..

Ni Althea ngan dua pupu dia.. Anak cousin Nana, Ina.. Nama dia Rayyan.. Betulkan dua pupu?

Tepuk amai amai..

Seronok berposing dorang ni..

Ni kenapa?

Nak jugak kan mummy?

Hahahahahaa...

Ape masalah ni.. Omma cuba selesaikannya..

Penat dah...

Althea tak suka Ultraman..

4 Generasi...

Ni ngan Paklong Ja dia...




Sekarang masa untuk ke tanah pulaaaaaaa!!

Ready, set, GO!

Lalalalalaala..

Suka tu jalan ngan angin menghembus nyaman ke muka... Bestnye kampungku!!

Ni Nana gi petik bunga.. :D Ampun atok..

Hahahaha.. Pakaikan Althea bunga kat telinga.. :)


Haaa.. Dah terduduk dah main batu..

Seronok Althea memain kat kampung.. :)
Tu lah serba sedikit gambar yang sempat amik semalam masa beraya.. Kalau korang nak tengok puas gambar tu, klik kat gambar tu.. Nanti dia bukak besar, pastu leh tengok mcm slide tu.. :) Harap korang enjoy tengok gambar gambar ni ye.. :)

Pasal #contestblogNana tu, tak sempat plak nak buat hari ni sebab agak padat.. Jap lagi ade class Althea kul 1.30, pastu Nana ade shooting untuk Mustika130 kul 4 petang plak.. Malam nanti kalau sempat ye.. Sorry sangat sebab Nana kata Isnin kan? Tu la.. Ampun ye.. Oklah, sampai sini dulu, nak sesiap jap.. Take care guyss...


p/s : Yang dah order barang Faranana, insyaallah besok akan dikirimkan sebab cuti raya bagai kan? Maaf atas kelewatan ye.. Yang belum, jangan lupa check out kami punya CRAZY YEAR END SALE!! 70% diskaun! Gi kat www.faranana.com ye.. :)

Saturday, November 05, 2011

Thursday, November 03, 2011

Jom support SEARCH!

Assalamualaikum semua!!
Wahh.. Ramai juga ye yang nak sertai #contestblogNana.. Haaaaa.. Sabar ye.. Besok insyaallah Nana akan update apa hadiah dan cara untuk sertai.. Hari ni Nana nak cite macam mana untuk korang sama sama sokong otai kita Search untuk konsert Fenomena dorang yang akan diadakan di 3 lokasi!

Lokasi pertama di Penang pada 19 November 2011, kedua di JB pada 3 Disember 201 dan lokasi last sekali di KL pada 17 Disember 2011..

Yang lainnye konsert Search ni ialah, ia bermula jam 5 petang dengan persembahan band band seperti Bittersweet, Projek Pistol dan lain lain lagi.. Nanti korang tgk video yang Nana letak tu k..

Tiket tiket boleh dapatkan di   www.tickethotline.com.my. Juga di stesem Petronas di serata Malaysia.. Dan yang bestnye setiap pembelian tiket akan dapat T-Shirt Konsert Fenomena Search di stadium pada hari konsert tersebut. Juga, ade peluang untuk menang Perodua Viva.. Ade 3 buah Viva yang boleh dimenangi di setiap lokasi.. :)

So tunggu apa lagi? Moh la dapatkan tiket konsert ni ok?

 p/s : Sama samalah kita beri sokongan ye.. :)

Wednesday, November 02, 2011

Encik yang kat kaunter 3 kat Pej Pos tu baik! Mekasih!

video



p/s : Besok Nana ade press conference kat Hard Rock Cafe KL untuk Konsert Fenomena Search, Nana host untuk konsert di Penang dan KL :) Nanti Nana share mcm mana nak dapatkan tiket k.. :)